Pagi Sabtu
Abah kejut sruh solat subuh..pas2 terus siap2 nak g brk1st then terus g Pahang.. tp sebelum bertolak, utk memastikan yg Pak Cik aku tu ade kat umah, abah pon call la utk memberitahu kedatangan kami ke sana..dan, hakikatnya, pak cik aku xde kat Pahang tapi kat Senawang, umah anak die..so, abah bwat keputusan utk bercuti di Cherating bagi mengisi masa cuti yg nampaknye masih belum terisi..abah bawak kami bersarapan di restoran Indonesia kerana abah mahu merasa lontong jawa yg asli...dari 5 bintang aku bagi 4 1/2 bintang utk masakannya..
Tengahari Sabtu
Kami tiba di Legend Resort, Cherating kira2 pada pukul 1 tghari...sampai saja di receptionist, abah bertanyakan mengenai booking yg dibuat pg td melalui online..sementara mereka menguruskan tentang itu, kami pergi menjamu selera terlebih dahulu..perut masing2 telah pon berkeroncong...makanan disini pula aku bagi 4 3/4 daripada 5 bintang...sedap..kemudian, apabila sudah selesai, kami bergegas ke lobi semula utk mengambil kunci bilik..aku ngan Hanie manakala abah pula dgn mak...owh, lupa pula..adik aku, Angah tidak mahu mengikuti kami ke Cherating..ada plan sendiri mungkin...
sampai je dlm bilik, terus snap gmbr..
Setelah berehat di atas katil dengan agak lama, aku sudah mula merasa kebosanan, aku terus mengajak adik aku berjalan2 di persisiran pantai...agak seronok rasanya kerana di pantai itu tidak ramai org...mmg pada mulanya niat kami mahu mandi di pantai namun kami batalkan apabila melihat laut yg agak bergelora..kami bercadang pula mahu melihat matahari terbenam, namun itu pun terbatal apabila aku sudah mula merasa rintik2 hujan..
gembira bila dapat bersiar2 di tepi pantai..hahaha
Malam Sabtu
Kami bersiap2 utk pergi makan mlm pula..kali ni kami xmkn di resort..abah mengajak kami mkn di restoran yg terletak di Kemaman, Terengganu, ada restoran yg masakannya lazat katanya..oleh kerana Kemaman dgn Cherating tidak jauh jaraknya, kami pon menuruti sahaja cadangan abah..tp, restoran itu pula tutup..masih beraya barangkali..kami terus ke restoran lain yg berhampiran...utk restoran ni aku bg 3 drpd 5 bintang dan 2 bintang utk servisnya..xbest...sorry...setelah itu, kami balik ke resort..rest, tgk tv, kemudian aku mkn meggi..baru puas hati aku..ni aku bg 5 bintang utk diri sendiri.. kemudian aku pon tidur dengan tidak nyenyak nye..kerana sakit menyerang aku..haaaaa... benci....sakit..sakit sgt...
Pagi Ahad
Aku masih tidak boleh tidur..sakit yg menyerang tidak membenarkan aku menutup mata lgsg..haih..dgn muka yg agak sembab (kerana menangis) aku meminta tolong abahku membelikan aku ubat..emak pula membebel, "mak suruh amalkan mkn ubat yg mak bg xnak, pahit la, ape la. ni kan da sakit".. ni agak menambahkan sakit aku.. kemudian, abah terus mengajak kami brk1st dibawah..dengan muka yg sembab dan masih belum mandi, aku kuatkan jua diri ni utk turun menjamah mknn..ini kerana aku mahu mkn ubt..selepas mkn, kami sekeluarga bersiar2 di persisiran pantai..dengan sakit yg masih berbisa, aku kuatkan diri utk berjalan..bila ku pandang laut, ingin sekali aku merendamkan diri ku ke dlm nya..tp tidak kesampaian..(sebenarnye aku takut air laut)..
Tengahari Ahad
Kami bersiap2 pula utk checkout..abah ngan mak sudah keluar bilik kerana mahu berjumpa seseorang di lobi..tidak lama kemudian, aku dan hanie pergi ke lobi utk berjumpa mak dan abah..nampak nya lama lg mereka berbincang..lalu aku ngan hanie bersiar2 lg di pantai..duduk di tepi pantai sambil mkn keropok..hahha..aku bg 5 bintang utk diri aku kerana membawanya di dlm beg.. setelah itu, kami kembali pula ke resort, nmpk nye perbincangan mereka masih belum selesai..huh..aku dan hanie bersiar2 pula di dalam resort..dan sempat snap gmbr lg..bukan dlm resort tp dlm toilet..walaupon sakit ku masih terasa, namun aku masih mampu tersenyum..hahahha...
Malam Ahad
Sebelum kami balik ke rumah, kami pergi ke Klang kerana kawan abah menjemput ke majlis mkn2 di rumahnya..haih, walaupon badan sudah letih tp oleh kerana perut sudah lapar, aku ikotkan saja..lepas selesai mkn, kami bergegas pulang ke rumah.. letih dan teramat la letih..tidur dengan lenanya pd mlm ni..kerana telah telan ubat sebelum tidur..yay!!
p/s:i love u
No comments:
Post a Comment