Thursday, March 24, 2011

Si Comel Si Tomey

aku xpenah cerita pasal kucing belaan aku ni.. hehe.. yg korg xtau, dan aku xpenah pun bg tau.. aku tersangat syg kat dia...tersangat2 la syg... dia yg membuka hati aku, utk aku suka kucing, klw x sebelum ni, aku sgt geli n takot ngan kucing...

Once upon a time...


setahun dahulu, time aku ngah duduk sorg2 dlm rumah, aku terdengar, seekor anak kucing menangis depan rumah, aku intai dr pintu, rupa-rupanya dia kena kacau dgn budak2 kecil... aku biarkan dulu sbb mungkin itu anak kucing dorang.. xlama lepas tu, aku intai lg, anak kucing tu pandang aku, sambil mengiau... hmmm aku yg xberapa suka dgn kucing waktu tu, sbb aku kesian tgk dia.. mungkin dia lapar...dgn terpaksa, aku ajak dia masuk rumah.. xsangka dia fhm ckp aku.. hehe...
time dia baru masuk rumah.. hidung pun kotor.. hehe

bila masuk je dlm rumah, dia menangis makin kuat... aku ni xpenah bela kucing, jadi aku xtau nak buat apa.. tiba2 aku dpt idea, aku bancuhkan dia susu.. mula2 dia xnk minum.. aku pun suapkan dia, oleh kerana aku geli kucing pada waktu itu, aku lapik tgn aku dgn kain utk pegang dia.. hehe...
dia sebelum cukup dewasa

Sekarang dia da besar, mknn fav dia buah durian..(dia lebih suka mknn manusia) hehe... dia suka tgk keluar tingkap waktu petang, suka main kat taman... semenjak dia jadi kucing jantan dewasa ni, dia jadi garang, xboleh nak di pegang, nnt kena cakar... tp baru2 ni aku ngan mak aku da bwk dia pegi sunat, dia da jd manja sgt2.. manja sgt2.. hehe... nak tidur dlm bilik ngan aku.. selimut aku da jd selimut busuk dia... mkn nak aku temankan... suka duduk atas riba... suka org belai2 dia... :D.. suka Tomey yg sekarang..

duduk atas riba

suka tgk keluar tingkap

tidur sebelah sy, siap peluk lg.. :D

*gmbr mkn durian nnt sy upload, sbb kat hp abah sy.. :p

p/s:i love u ... sy takut kehilangan dia...

Wednesday, March 23, 2011

an error; sedap mata membaca

Hari ni, pagi lg dah ada class.. Principle of Accounting... (aku xtau sbnr nye ni subject major ke x, klw x, aku boleh transfer da)... Ok, terserempak ngan classmate time nak jln ke zibra depan hostel.. talk talk ngan dia sikit, dia ckp kami sama class, class kat FOE pg ni.. so, aku pon ngan akem g la FOE..

Aku: "betul kan class kita? " (oleh kerana aku xpakai lens today, mata aku xberapa nk jelas)
Akem: "betul, betul" , ( Dengan confident nya )

then oleh kerana da lambat, kami terus masuk class.. dan terus duduk.. keluar kan buku, dan pen juga...

ada la beberapa minit after that..


Aku: "ramai nye dtg class hari ni", sambil melihat sekeliling dan aku terperasan beberapa org memandang kami.
Akem: "eh, betul ke ni class kita? xde sape pon yg b kenal"
Aku: "Jap, ayg tgk schedule", (belek2 buku). "Eh, ni bukan class kita la", aku memandang sekeliling sekali lg, kali ni baru aku pandang lecturer tu.. sah, bukan class kami.. HAHA..
Akem: "jom la kita keluar"
Aku: "seganlah"
Akem: "Jom jelah keluar"


Kami pun berdiri dan terus keluar dari lecture room tu.. aduyai.. bapak segan, patutlah ada yg pandang2... rupanya salah class... Kami punyalah gelak.. sbb sgt2 kelakar... rupanya class kami yg sebenar, kat FIT... mmg betul2 lewat.. half an hour kami lewat..

After class tamat, kami g mkn kat Mak Teh (lama pulak xmkn kat situ)... pas mkn, nak masuk bilik la, sbb sgt mengantuk.. aku keluar je dr kereta, akem bg sign, suruh aku tgk phone.. dlm hati aku, pelik pulak la dia ni, aku pun terus berjalan nak ke bilik, sambil membelek phone, n akem masih menunggu di belakang.. bila aku tgk je phone, nama dia tertera kat screen (text massage)... then, aku pon baca.. just one word : "cantik".. Aku senyum sambil menoleh ke arah dia, dia senyum dan beredar... sedap mata membaca even one word.. even aku tau, bukanlah aku ni perempuan paling cantik, and even aku tau dia mungkin nak sedapkan hati aku aje... but, he makes me keep smiling, till now.. ya, right now.. i'm still.. HAHA ^__________^



p/s:i love u

Pecah Perut.. HAHAHA

Okeyh, aku da tgk sketsa ni berpuluh kali, tp still gelak besar.. HAHAHA.... enjoy...:D Johan terbaik!!!



sekarang aku realize yg Johan lg kelakar dari zizan... or even nabil.. klw lawak spontan serah kat jozan..

p/s:i love u

Thursday, March 17, 2011

Hmmm...



"semua memandang saya".....
??????

p/s:i love u

Monday, March 14, 2011

Things to do!!

Since holiday, aku malas gila nak cuci muka, unless klw aku nk keluar, bermakna aku mandi, cuci muka before n after going out (maksudku di sini, mencuci muka menggunakan pencuci muka)... YES! klw aku duduk rumah je, aku hanya akan cuci muka sekali sehari.... HAHAHA... sehingga menyebabkan muka aku ditumbuhi beberapa ketul jerawat.. hmm, kat my forehead, nose n chin.. so irritating, so annoying.. :(

Then, as u ol kno, result aku telah pon announced... so, agak disappointed... :( kerana ada sedikit turun... sedih.. xrasa pon nk g celebrate walau pun result tu sbenarnya sgt ok.. Alhamdulillah..

Since holiday juga, sy selalu tidur klw xde activity lain, senang cite, mkn, tidur. watching tv... so, badan semua da lemah, xde semangat, nmpk hambar je.. size juga mcm makin besar.. :p hmm oleh kerana my mind da set, aku tgh cuti, so, aku ngan automatiknya, menonton tv hingga tengah mlm.. or even worst, till morning..

oleh kerana sem baru telah bermula, kali ni short sem.. so, fees kena byr guna duit sendiri.. (aku rasa cam nk apply scholarship)

Aku ni, walaupun da 2 weeks start class, tp aku still xtau class kat mne, class pukul berapa.. ini agak menyusahkan aku, dan aku terpaksa mengharapkan Al Hakim to check this kind of thing for me.. Sorry n thanks...

So, Things to do starting today :-


  • Cuci muka 2 or better, 3 times per day...(plz wanie, make it as a routine) 
  • study hard n ofcoz, study smart, jgn malas2 da..kena tambah usaha sikit (xkan kau nak result kau terus menurun wanie??)
  • Plz, exercise... do some simple gesture in just 3-5 min.. ( the simplest one: clap your hand la wanie.. why? because 1 clap can burns 1 calorie).. no excuses anymore.. :p
  • kena reset my mind.. tidur awal, bngun pon cergas.. badan pun rasa sihat.. (pastikan kau cukup tidur ye wanie)
  • kena berjimat cermat, memandangkan duit tu akan digunakan utk membayar fees.. (jgn kelain pulak duit tu)
  • buat research mana2 company or gov agencies yg menawarkan scholarship.. then, try to apply.. (wanie, don't afraid.. u can do it, i kno u can!)
  • take note! or buat new timetable, like i used to be.. jgn mengharapkan org lain bgtau venue or time... (nak kena suruh jugak la wanie ni)
I hope, semuanya akn berjalan lancar... amin.. :D


p/s:i love u

Friday, March 11, 2011

RESULT

Alhamdulillah... semua penantian telah pun berakhir.. LEGA... sgt2 LEGA... akhirnya... tapi agak kecewa kerana ada sedikit penurunan.. mungkin kerana satu B- tu.. tp xpe... aku da cuba sedaya upaya.. aku da letakkan full effort... mungkin sedikit malas yg memberi kesan kepada result aku.. MUNGKIN... aku xpatut mengeluh sebenarnya kerana mungkin ramai yg mahu duduk di tempat aku... mungkin ramai yg lebih kecewa dr aku... aku patut bersyukur.. YA, Alhamdulillah.. :D terima kasih kepada semua yg membantu.. groupmates.. TQSM... anda secara tidak langsung membantu sy.. :)  AL Hakim jugaaaaaaa.. TERIMA KASIH..
p/s:i love

Friday, March 4, 2011

Extremely Fun- thanks F (bukan nama sebenar)

Bosan kan asek cerita pasal cinema, love, shopping complex.. ha, aku pon da lama xupdate blog, mari aku nak cerita satu kisah.. :-


Chapter 1
Aku dan Hakim da merancang nak menenangkan fikiran di PD.. saja picnic xmandi manda pon xpe... so, pada hari Rabu bersamaan March 2nd, dengan berbekalkan mihun goreng dan beberapa ketul popia yg aku masak sendiri (cukup utk 4-5 org), kami pon berangkatlah ke PD.. pada pukul 2pm..

Chapter 2
Tolak tambah berhenti di R&R, kami sampai di Seremban pada pukul 3.55pm utk menjemput I (bukan nama sebenar) bersama gf nya, T (bukan nama sebenar).. setelah itu, barulah kami menuju ke Port Dickson utk berjumpa F (bukan nama sebenar).. kini, tibalah masanya utk ke pantai..

Chapter 3
Memandangkan mereka x membawa baju basahan dan aku xde partner nak bermandi manda, kami pon duduk di tepi pantai sambil mkn mihun (yg agak basah) dan juga popia goreng.. Nak dijadikan cerita, si F yg memang penduduk di PD mengajak kami ke Rumah Api Tanjung Tuan yg berdekatan... (Hmm xsempat ambil gambar di sini)

bermulalah.. The Very Best Vacation Ever...


Chapter 4
Sampai je di depan pintu gerbang rumah api tersebut, kami pon parking kereta... kami yg xtau apa2 ni, dengan lurus bendulnya mengikut je kata si F td.. kami berjalan menyusuri jln yg bukan nya mendatar tapi menjunam itu.. (mendaki bukit yg berjalan tar) bak kata Hakim, "da mcm naik Genting jalan kaki da ni"... tengah bertungkus lumus mendaki, tiba2 ada sebuah kereta meluncur laju di sebelah kami... LAAAAAAA.. Boleh naik kereta rupanya nak pegi atas????  tapi xpe, oleh kerana da separuh jalan, kami pon meneruskan perjalanan ke atas (870 meter yg bukan mendatar, bayangkan) sampai je atas, kami mendaki pula tangga utk ke rumah api sebayak 66 anak tangga (ni berdasarkan research yg aku buat) tapi kami hanya mendaki separuh tangga sahaja kerana si F tahu jln yg lebih cepat.. sampai sahaja di atas, WOW!! sgt cantik.. si F menunjukkan pusar air.. (yg ni nampak dia mcm tourguide yg betol) kami nampak byk kapal2 di atas laut... sangat2 cantik, xjadi nak marah si F walaupun penat mendaki.. :D selepas mengambil beberapa hela nafas, si F pun mengeluarkan kata2 "jom, aku nak bwk korg satu tempat ni!" (xsempat tangkap gmbr kat tempat yg cantik ni).. :(

Chapter 5 
kami sekali lg dengan lurus bendulnya mengikut sahaja ajakan si F ni... aku ckp kat Hakim "betul ke jln dia ni? klw dia xtau, kita ikut jln td je lah".. tp Hakim ckp ok, aku pon ikot je le.. menyusuri hutan pula kali ni.. pada mulanya semua nmpk sempurna.. kami menuruni anak tgga yg di dalam hutan tu, kemudian terjumpa kerusi rehat, sempat ambil gambar lg.. tiba2 si F ckp, "jomlah da nak dekat pukul 6 ni, aku takot tmpt ni tutup je".. kami pon meneruskan perjalanan..

Chapter 6
kami menuruni anak tangga satu persatu.. sehingga lah aku terasa xsedap hati (haiahhh, mulut aku mmg masin) kerana kami da terlalu jauh rasanyaaaaaa... kaki da mula menggigil kerana sudah letih dr td mendaki kini menuruni anak tangga pula.. kami memang terlalu jauh sehingga boleh dengar deruan ombak pantai.. sekarang aku pasti.. KAMI SESAT!!

Chapter 7
aku da takut (yg lain xtau pula apa yg mereka rasa) kerana kini sudah hampir maghrib.. kami xbwk apa2 yg boleh dijadikan lampu... dlm kepala aku cuma satu, mcm mana klw kami still xkeluar dr hutan ni sebelum maghrib? Tiba2 si I ckp, "naik blk, naik blk, kita ikot simpang yg kat atas td".. ok, kami memanjat anak tangga pula... (kaki aku da betol2 rasa nak tercabut) tiba2 kami terserempak dengan dua org lelaki (nampak mcm biasa di hutan ni) Hakim bertanya arah, salah seorang dr mereka ckp, klw ikot tepi pantai tu lg senang, jadi, kami turun semula sehingga lah nmpk pantai..(sangat cantik dan sempat aku tangkap gambar kat sini..) kami pon mereruskan perjalanan ,enyusuri tepian pantai.. tetapi, air laut pasang pula, kami terpaksa mendaki bukit , (tanpa tangga dgn aku memakai kain nasib baik ada legging di dlm) sandal aku pula licin kerana terkena air laut td..

Chapter 8
Dengan skirt yg aku pakai, sandal yg licin, aku mendaki juga...dan kemudian sandal aku putus.. guess what? aku mendaki bukit yg berbatu tajam dan xtau ada seranggga apa dengan berkaki ayam.. si F meminta maaf berkali2 (tau pon salah dia, hahaha) mungkin 2 org lelaki tadi kasihan melihat kami, mereka dengan rela hati mahu tunjuk jalan keluar.. sampai satu lereng yg sangat curam, kami terpaksa berpaut pada pokok2 yg ada, dan juga berpaut pada sesiapa sahaja yg berdekatan.. setelah bertungkus lumus mendaki, tiba2 2 org lelaki itu kata, kami sudah salah jln (mungkin jln yg terlalu curam itu terlalu sukar buat kami) kami pon turun semula (hanya beberapa kaki) utk mandaki bukit yg kurang curam (apa2 pun, kami tetap mendaki).. gf si I iaitu si T juga terputus sandal.. si I memberi si T seliparnya (konon2 gentle la tu, hahaha).. setelah itu, kami mendaki lg mendaki lg, sampai satu tahap, aku mengesot dan  sehingga aku terduduk menangis... (aku insan yg lemah, sekuat mana aku bertahan, pasti xkan tertahan..cewaaaaaaah).. si F tergelak2 kecil (ingat aku xnmpk ke dia tengah gelakkan aku!) aku tahu, si T pun menangis juga... bayangkanlah, dr mula sampai sekarang, kami asek mendaki... lutut, betis, peha, tumit semua sudah sakit2... sampai je di perigi, kami minum air tersebut (rasa cam air strawberry, ahahaha).. kemudian, aku nmpk kaki aku berdarah.. Hakim nak bg aku pakai seliparnya, tp aku xnak sbb akan menyukarkan lg keadaan (sbb selipar dia besar)

Chapter 9
Selepas itu, kami berasa lega kerana jln sudah mula mendatar.. tetapi, tiba2, Kami nmpk anak tangga lg.. aku da mula rasa putus asa, klw andai kata bermalam di sini pon aku rela... tapi Hakim ada, menguatkan semangat aku kembali... si T sudah mula didukung oleh si I, (sekali lg dia tunjuk gentle) .. aku, xpe.. kasihan pula si Hakim klw aku meminta didukung.. walaupun aku da xboleh bertahan, tp aku masih kuatkan semangat... si F pula xabes2 berkata da nak sampai la, da dekat la.. sedangkan kami xnmpk penghujungnya dr td... aku menangis lg.. kerana kaki aku sudah tak dpat bertahan lg.. aku duduk, hakim tunggu...sampai la akhirnya kami berjaya sampai ke bukit yg bertar td... teka la lepas ni apa? kami kena turun bukit bertar td pula... kali ni da bersemangat sikit sbb da tahu jln keluar.. :D kaki mmg sakit, lg2 aku berkaki ayam di jln tar?? da mcm anak org asli da..

Chapter 10
Finally, kami sampai di kereta.. sudah hampir pkul 7.30 pm ketika itu.. syukur aku dan Hakim ada bekalan air minum... kami berkongsi minuman.. lega.. kami pun bergerak ke Petronas , Hakim membeli selipar berwarna oren utk aku (xde color lain ke? hahaha) kemudian ke kedai mkn (Bangi Kopitiam) sambil bergelak ketawa mengenang peristiwa td.. Kemudian, pada pukul 9.30 pm, aku dan Hakim mula meneruskan perjalanan pulang ke KL... singgah sebentar di McD MRRII, pada pukul 10.55pm.. setelah itu kami pulang ke rumah masing2... dan kaki aku pula sakitnya tak hilang2 lg...  Pengajaran utk hari itu, xpayah nak pandai2 sgt.. HAHAHA

*gmbr akan di upload bila ada kelapangan...

p/s:i love u