Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric - Peti Ais

Assalamualaikum guys!

Ok, nak kongsi produk keempat Mitsubishi Elektrik ni.
Peti ais dorang yang memang luas, cekap tenaga dan boleh kekalkan kesegaran sayuran dan buahan. Ni yang best ni.

Peti Ais

Peti ais ni pun ada '5 star cap rating' , sama macam aircond yang Wanie cerita kat entry lepas. 
Cekap tenaga - peti ais ni dia ada Eco Mode, akan kurangkan penggunaan tenaga secara automatik ketika bukan waktu puncak. (non-peak hours)
Kapasiti yang besar - kelebaran sehingga 950mm. wuuuu. 
Kawalan kelembapan suhu yang memang sesuai untuk sayur-sayur juga buah-buahan untuk kekal segar bagi jangka masa yang agak lama.


Kilang vitamin, ha, bunyi pelik, tapi itulah dia. Peti ais ni ada lampu LED 3 warna yang membantu meningkatkan vitamin sebanyak 1.5 kali yang bertindak sebagai 'matahari buatan' untuk mengekalkan kesegaran, nutrien dan meningkatkan vitamin dalam sayuran. 

Peti ais ni kalau hadiahkan dekat isteri, mesti isteri sayang lebih.
haha. best kot. Besar tu yang penting. 


Haaa, tengok tu, luas ke tak? macam2 boleh sumbat.

p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Kipas

Wuhuuuuuuuuu semua!

Nak kongsi cerita pasal produk ketiga Mitsubishi Electric ni pulak.
Kipas dia yg selamat & mengurangkan kejadian yg tak diingini

Kipas

Kipas ni ada 3 tahun motor warranty.
Dengan 'Premium Safety Standard' - menambah baik keselamatan produk dengan tidak menggunakan material daripada self-flammable & motor tersembunyi, yang menghalang benda-benda yang tak diingini masuk dalam motor dan mengurangkan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan.
Juga, ada 'double fuse protection', fius akan memberhentikan kipas daripada beroperasi apabila arus sudah melebihi, manakala, thermal fuse akan menyekat elektrik apabila motor sudah terlalu panas. 

Untuk anak-anak yang selalu main depan kipas tu, kipas ni agak selamat buat dorang. 


p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Jet Towel

Hi all!

Product Mitsubishi Electric yg kedua yang Wanie nak kongsi kali ni pulak pasal dorang punya hand dryer. Yang ni pun super duper best.

Bersih, selesa & luas.

Jet Towel (Hand Dryer)

Benda ni best. amek masa 10 saat je nk keringkan tangan. hehe
Lepas tu, hygienic, aksi pengeringan yang selesa,
Zon pengeringan tangan yang luas, boleh pusing-pusing tangan dalam tu. 


Lagi satu Jet Towel ni ada hygienic touch-free operation yang membolehkan kita keringkan tangan sehingga pergelangan tangan walaupun kita tak sentuh hand dryer tu. 

So, best kannnnn.


Nampak eksklusif pulak tu design dia. 


p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Air-conditioner

Assalamualaikum.

Produk Mitsubishi Electric pertama yang wanie nk cerita ialah Air-conditioner dorang ni.
Memang best produk ni.

Senang cuci, jimat elektrik, & cekap tenaga.

Air-conditioner

Aircond dorang ni senang nak cuci, ada 3 step je. Tak perlu nak panggil aircond maintenance company dah, cuci sendiri je. 
Jadi nya, bila senang nak cuci, kita akan selalu cuci la kan. Dengan kerap mencuci aircond, kita boleh kurangkan penggunaan elektrik.
Aircond ni pulak ada '5 star cap rating' yang bermaksud, energy efficiency, ha, lagi banyak bintang, lagi kurang tenaga yang digunakan.
Lagi, Aircond ni mempunyai nano platinum filter, yang memberikan prestasi pengumpulan debu yang lebih baik daripada penapis yang biasa. 


Kita jugak boleh kawal arah pengaliran udara untuk pastikan aliran udara terkena pada setiap sudut dalm bilik kita sebabnya aircond ni ada 5 step vane control & swing.

Uuuuu best kannn.





p/s:i love u

Blogger Event - Mitsubishi Electric

Assalamualaikum semua!

Wanie nak kongsi cerita Sabtu lepas, 3 Januari 2015.

Mitsubishi ada buat satu event untuk blogger dengan tujuan untuk memperkenalkan empat (4) produk baru dorang iaitu Aircond, Jet Towel, Kipas dan juga Peti Ais. Dorang jugak akan release Mobile Apps dalam pertengahan Januari nanti untuk Android dan penghujung Januari untuk IOS.

Event ni dekat Mitsubishi Office, Petaling Jaya, pukul 2 sampai 5 petang. 



Wanie akan kongsi pasal produk Mitsubishi Electric ni kat entry lain, boleh tgk nnt. 


 p/s:i love u