Showing posts with label The Truth. Show all posts
Showing posts with label The Truth. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Ajal dan Maut. Jodoh dan Rezeki.

Semalam aku dikejutkan dgn 2 berita kematian
kenalan sebaya umur.
Bukan aku tak percaya pada maut dan ajal.
Tapi aku..
Tak sangka.
Cepat.
Innalillahi wa innalillahi rajiun.

Lepas dapat berita,
Jantung aku laju.
Nafas aku sesak.
Mata menahan air.

Allahuakbar!

Aku sedih mereka pergi,
 Tapi pergi itu pasti.
Aku lebih sedih kerana aku,
yg masih hidup,
masih bernafas,
Masih diberi peluang oleh Allah,
Namun masih alpa.

Allahu,
Cukupkah amalku utk menjamin Syurga buatku?
Sempurnakah ibadahku utk menutup dosa2 ku?
Sempurnakah taubatku utk menebus segala dosaku?

Semua akan pergi.
Bagaimana kita mati itu yg membezakan kita.
Selama ini yg kita kerap kata,
Rezeki dan jodoh itu rahsia Allah.
Tapi kita lupa,
Ajal dan maut itu juga rahsia Allah
Malah, yg paling hampir dgn kita. 

Wallahualam.

Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg soleh.
Dan semoga kita yg masih hidup dapat meningkatkan amal dan mati dalam iman.
In shaa Allah, aamiin. 

p/s:i love u

Wednesday, November 13, 2013

Allahu, Kenapa Aku Diuji?


Allahu, kenapa aku diuji?
Bila aku kenang,
Aku tahu salah siapa,
Salah aku yg hina,

Terkadang aku leka,
Terkadang aku alpa,
Sujudku terkadang hanya sujud tanpa makna,
Sujudku terkadang hanya sekadar melengkapkan tiang agama.

Allahu, berat aku pikul beban ni,
Tp aku tahu, Engkau beri apa yg aku mampu,
Aku tahu, Engkau yg Maha Tahu.

Maafkan aku ya Allah. 
Maafkan aku.


p/s:i love u

Thursday, July 11, 2013

Feeling Special- 24th Birthday.


9 July 2013 (Before midnight)

Made a rainbow cake for myself. 
Hahaha. 
Worth it!
Siap boleh bagi aunt Azie and family Hakim.








10 July 2013

Happy Birthday to me and with great honour that it was on 1st Ramadhan.
Alhamdulillah, I'm still alive.
Thanks Mak, Abah, Family and Friends for the wishes.
Thanks Muhammad Al-Hakim bin Mustafa Kamal for making me feel like a Queen on my Birthday. 
The feeling is wonderful.
Thanks for the fresh flowers and chocolate. 
You really surprised me! 







 
Roses and Ferrero Rocher.

11 July 2013
This morning, when I woke up, my room smells like roses. 
hehe. 
Still feeling wonderful.


p/s:i love u

Tuesday, May 21, 2013

Apa yang SUKA dan apa yang TIDAK.

Yang SUKA

Aiskrim perisa jagung.
Yogurt perisa Strawberry
Segala jenis buah
Bantal Busuk
Ulam-ulaman
Seafood
Pink, Green, Yellow, Red, White, Peach Color
Cornflakes
Coffee
Cooking, Baking, Sewing, Planting
Flowers
Shopping
Steambot
BBQ
Movie
Menyanyi (walaupun x sedap)
Bercakap
Ketawa
Menangis


Yang TIDAK

Taugeh
Lambat
Satay
Cendol
Tidur dgn lampu terpasang.
Air jagung
Menunggu terlalu lama
Orang yg x jujur
Tak ada duit
Ikan pari
Cicak
Minum susu segar

*mungkin ada banyak lagi. Tapi x perasan. hahaha

p/s:i love u

Thursday, May 9, 2013

Yg ke-6 kali


7/5/2013, Selasa.
Genap 6 tahun hubungan aku dgn Hakim.
Alhamdulillah, hubungan kami panjang.
Tak sabar nk ada status baru dlm hubungan kami.
ehem ehem.
Kami tak sambut pun anniversary mcm org lain.
Kami masing2 faham tahap kewangan kami.
Tak pernah kisah pun sebenarnya.
Hadiah? Kalau dia nk bg ambil, tak bagi, tak pernah mintak.

Dia ada dengan aku masa susah senang,
Dia support aku bilamana aku hampir putus asa.
Dia tahu apa aku mahu.
Dia tahu bila aku terasa hati.
Dia tak pernah cuba berpura menjadi yg terbaik.
Dia buat semua dgn ikhlas.
Kalau aku tak senyum bila jumpa dia,
dia cakap, musnah hari dia. 
Kalau aku diam seribu bahasa,
dia cakap, dia nak dengar suara aku.
Kalau aku buat salah, dia marah, dia yg pujuk balik.

Dia ckp, aku kuat nangis.
Dia ckp, aku kuat makan.
Dia ckp, aku suka tidur.
Dia ckp, aku mengada.
Dia ckp, aku suka bercakap.
Dia kenal siapa aku.
Aku tak pernah kisah dgn hadiah.
Aku harap dia hargai aku.
Dan dia memang hargai aku.
Terima kasih untuk itu.
Terima kasih utk 6 tahun menyayangi aku.
Terima kasih kerana tetap berdiri teguh sebelah aku.
Terima kasih.

Ikhlas dari hati,
Syazwanie binti  Salamon.

p/s:i love u

Friday, March 29, 2013

Beginilah Aku.

Aku sama macam manusia lain.
Ada otak dan akal.
Aku sama mcm anak perempun yg lain.
Perlu baju perlu tudung.
Aku sama mcm rakan2 yg lain.
Punya hati dan perasaan.
Aku sama mcm kekasih yg lain.
Ingin perhatian ingin kepercayaan.

Aku tak pernah kisah
Engkau India, Cina, Melayu, Indonesia, atau lain2.
Aku x pernah peduli
Engkau tak ada motor, tak ada kereta, tak ada duit.
Aku tak pernah ambil tahu
Engkau tak kahwin, tak ada anak atau tak ada kekasih.
Aku tak pernah meminta
Duit, belas kasihan dan simpati.

Anda,
Siapa yg nak menentukan?
Anda,
Siapa yg mahu menghakimi?
Anda,
Bukan siapa2 yg berhak berkata itu ini.


Aku,
Berkawan dengan semua org.
Aku,
Tak pernah memilih teman.
Aku,
Buat apa yg aku rasa nak buat.
Aku,
Bekerja, belajar dengan kudrat yg aku ada, dengan izin dari Allah. 
Aku,
Manusia biasa yg masih memerlukan pertolongan dari Tuhan yg Esa.

Anda pun sama.
Jadi ingat,
Rezeki Allah bagi,
Kudrat Allah bagi.
Siapa kita untuk sombong?

p/s:i love u

Saturday, March 23, 2013

Pepatah Rekaan Sendiri


Salam, pepatah ni tak ditujukan utk sesiapa. 
Tak tipu. 
Sekadar ingatan utk diri sendiri sebenarnya.
Maaf kalau ada kena mengena ye. 

"Kawan yg khianat seperti tahi kucing di atas rumput.
Ada baunya tp susah nak nampak.
Bila dah terpijak, kita gesek kaki kat rumput lain pulak.
Bau dia tetap ada klw x dibasuh dgn air dan sabun.
Jadi, hati2 jln atas rumput.
Kalau boleh, elak terpijak tahi kucing.
Kalau dah terpijak, cepat2 basuh."

>___<




p/s:i love u

Thursday, March 21, 2013

SPM Result

Congratulations!!!

I give my standing ovation to you guys.
No matter how bad your result is, you still did it!
It's not about how many A's u got.
But it's a time to choose the right path of your future.

Sistem sekolah rendah dan menengah sebenarnya agak membuang masa. 
Bagai Monyet, Gajah, Ikan, Kuda dan Burung yg pergi ke sekolah yg sama,
Belajar subjek yg sama iaitu "Belajar untuk terbang"
Bila tiba ujian/peperiksaan, mesti Monyet, Gajah, Ikan dan Kuda rasa kecewa dan gagal.
Sepanjang hidup akan rasa diri bodoh.
Tetapi Burung pulak selalu dpt keputusan cemerlang. 
Dan semua menganggap Burung pandai.

Cuba Monyet di hantar ke sekolah memanjat.
Gajah dihantar ke sekolah tumbangkan/angkat batang pokok.
Ikan ke sekolah renang.
Kuda pula ke sekolah larian.
Semua dapat keputusan cemerlang.
Semua pandai.

So, choose your future wisely.
Choose the right university/college.
Choose the right course.
And the most important thing is, effort!
Because the next 3 or 5 years,
Nobody will ask "how many A's u got in SPM"

So, yeahhh, chill!

eh, Sebelum tu, tahniah utk adik aku,
Syazhanie Salamon
Kerana mendapat keputusan yg agak memberangsangkan.
Moga membuat pilihan yg tepat for your future. 

p/s:i love u

Thursday, March 14, 2013

The Time Will Come.

Recently, I've got so many wedding invitations. :)
It's like a "Wedding Season" in Malaysia.
Happy for my friends. 
And relatives.
Congratulation. 

However,
I'm the one who suffering from all this things.
Why?
"Wanie bila lagi?"
"Lepas ni Wanie la pulak ye?"
"Tak elok lambat2 sgt"
"5 tahun lebih tu, klw kahwin, dah ada 5 anak"
Please stop questioning me.
It annoys me.
Sometimes.

Durhhhh.
Guys, please.
I'm still young. 
The time will come. 
But for sure, not now. 
in shaa Allah, ada jodoh, ada rezeki Allah bagi, terus kahwin,
Who's don't wanna get married after all?


Marah sangat ni?
Tak laaaaa.
Biasa2 je, luahkan perasaan. 
HEHEHE.

p/s:i love u

Friday, April 6, 2012

Pasrah. Akur. Redha.

aku da lama x berblogging. Busy dgn final exam dan mcm2. Yg paling aku xboleh lupa seumur hidup, bila akem di timpa musibah, selama aku hidup dgn dia, aku xpernah nmpk dia betul2 sakit mcm that day. Sampaikan aku jadi sgt takut. Berpunca dr leher dia yg sakit, jumpa doc, mkn ubat, 2 hari lepas tu, leher da ok.
Tiba2 dia mengadu kat aku, pkul 4 pgi, tgn dia kebas xboleh nk gerak, sakit sgt mcm ditarik2. dia xboleh tidur. bila da jadi mcm tu, aku pun susah hati, xboleh tido, kami turun try cari klinik kat cyber yg buka 24hours. tp xde. aku teringat plastik ubat yg kami pergi kat Seri Kembangan tu tulis open 24hours.

Bila da pergi, doc ckp, cuma tegang biasa, dia bg akem vitamin je. dan vitamin tu xmengurangkan pun sakit yg akem kena. tp dia jwb jugak paper haritu. Makin hari dia semakin sakit, aku takut. sgt takut klw apa2 jadi kat dia. Malam tu, Nazeem tlg drive blk ke rumah aku, aku kenal tukang urut kat situ. Tapi lepas pergi tu, dia langsung xboleh tido. Aku ckp kat dia, klw terlalu sakit, call mak n abah dia. Pagi tu, pkul 4, abah dia ambil dia utk pergi ke hospital (dia xjwb pun paper haritu-Jumaat). Doc suruh dia dtg lg hari Isnin utk buat MRI. Dia mintak kat doc tu ubat tahan sakit yg sgt kuat. Tp xkemana. Akhirnya kami try buat rawatan tradisional Islam, Alhamdulillah, kurang walaupun ada kebas2 sikit.

Dari MRI tu, doc ckp Neck Disc dia lari dr kedudukan asal. Kena buat therapy twice a week for 3 weeks. MMg ok sikit. Tp nmpknya sampai skrg kdg2 dia rasa sakit n kejang tiba2. Kesian kat b. Tp b jgn lupa apa yg ayg pesan, Allah xkan uji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah syg kat b. :) Ayg pun syg kat b. :)))

p/s:i love u

Monday, December 19, 2011

what if ?

I love u for the rest of my life. If someday u're not mine, pls remember our love. Pls. 


                                                                                               -Wanie

p/s:i love u

Friday, December 9, 2011

I Can Feel Your Tears.

I do understand your feeling
I know what u're thinking
I can see it through your eyes
Its full of sadness
I know it's hard to forget
It's hard to forgive
and
It's hard to move on.
but u should.
U deserve much better
Ya, I'm not in your shoes
Easy for me to say
but
It's a biggest step, biggest change for u to make.
I wish nothing,
but the very best for u.
Good luck dear. 



p/s:i love u

Tuesday, June 14, 2011

True Story (Pontianak di Lebuhraya Karak)

5 years ago....
Perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dimulakan sekitar jam 1.30 pagi dari Shah Alam. Ini adalah utk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di sana. Memang agak lewat kerana ada rakan yg bekerja syif malam..

Selepas melepasi tol Gombak..
Azizi : eh, kami (azizi & Malik) tidur dulu la ye.
Malik : yelah, nnt kami nak gilir2 memandu pulak.. 

Hadi yg duduk di sebelah Saifullah yg memandu asyik bersembang..

Selepas melalui Bentong...
Jalan mulai sunyi, ketika menaiki bukit, Saifullah dan Hadi terdengar seperti ada benda yg menghempap but kereta, tetapi bila dipandang cermin pandang belakang, tiada apa. Memandangkan keadaan yg sunyi dan gelap, Saifullah meneruskan perjalanan sambil tingkap kereta dibuka, maklumlah, lelaki, mesti mahu menghisap rokok. Dia berhati- hati ketika mahu memotong lori balak di hadapannya, ketika ini dirasakan keretanya terasa berat. Sebaik sahaja Saifullah memintas lori tersebut, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali. Hadi menyuruh Saifullah memecut laju sedikit utk mengelak dari gangguan lampu lori di belakang mereka.

Apa yg peliknya..
Selepas itu, terdapat beberapa kereta yg memintas mereka turut menyalakan lampu besar, ada juga yg membunyikan hon. 
Saifullah: mungkin mereka ni nak bgtau sesuatu ni
Hadi: yelah, berhentilah kat tepi. (sambil mengejutkan Malik dan Azizi)

Saifullah dan Hadi pun membuka pintu, Malik pula memalingkan mukanya ke belakang.. tiba2..
Malik: Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah, kita blah! 

Tanpa buang masa, Saifullah dan Hadi menutup pintu, dan tingkap yg dibuka sebentar td juga ditutup. Saifullah memecut laju, Malik masih menekup muka, Azizi menenangkannya..
Hadi: Apa yg kau nampak?
Malik: Aku rasa aku nampak puntianak, Dia tengah baring terlentang atas but kereta, tapi mukanya menghadap kita.. masa aku toleh ke belakang, mata aku betul2 bertentang dgn matanya. 


Saifullah cuba utk melihat melalui cermin pandang belakang, namun tiada apa.. hadi pula cuba melihat melalui cermin sisi.. lalu,
Hadi: Pul, betullah, aku nampak ada 'benda' kat belakang.

Mereka tidak putus2 membaca kalimah al-Quran. Hadi pula mengalunkan azan setiap 15 minit..

*Terserempak dgn puntianak, berselisih dgn Volkswagen kuning, dan menumpangkan kepala manusia antara pengalaman yg mungkin dirasai pengguna Lebuhraya ini.
*Cerita ini telah diolah utk memudahkan pembaca blog saya memahami. Cerita asal sy dapat dari surat kabar Kosmo! bertarikh 12 jun 2011.. :)

p/s:i love u

Tuesday, May 31, 2011

Tips berpakaian utk si kurus dan berisi.. :D

percaya x? dulu sy seorang yg agak berisi..
selalu je rasa rendah diri.. yes.. :( pakai seluar besar, baju besar, tudung sampai  xnmpk muka..
tp bila pikir blk, rasa mcm apa ntah nak rasa rendah diri sampai mcm tu..
sbb tu nak kongsi tips pemilihan baju.. bukan yg badan berisi je ada masalah nak cri bju.. tp sekarang ni, bila sy sendiri da kurus, baru tau.. sama je.. susah jugak nk pilih baju yg sesuai.. dulu sy pernah amek kos Pengajian Pakaian di sek teknik, xde la mahir sgt, tp ada la sedikit ilmu utk dikongsi.. let's read!

Utk Si KURUS
(i) Pakailah pakaian yg berwarna terang.. merah, biru terang, yellow, green..  dan pemilihan corak haruslah horizontal/melintang.. supaya menampakkan susuk yg lebih besar.. 
(ii) Cuba utk mix and match baju dgn jacket, cardigan, sweater, tp jgn memilih fabrik yg tebal memandangkan cuaca sekarang ni membolehkan u ols pengsan nnt.. :)
(iii) Jgn memakai pakaian yg terlalu melekat pada badan, nnt nmpk semua tulang2 u ols tu... longgar sedikit, supaya nmpk susuk yg cantik.. dan boleh juga cuba baju yg ada ruffle or lengan yg ada puff (kan trend skrg)
(iv) Jgn sesekali berfikiran dgn memakai baju besar, menjadikan u ols kelihatan besar, kerana baju yg terlalu besar akan menampakkan u ols lebih kurus kerana u ols akan tenggelam dlm pakaian..
(v) ye, saya tau, sekarang mmg trends pakai skinny, tp bg si kurus..jgn pakai dah.. nmpk nnt mcm batang tebu pulak.. klw boleh, pakailah jeans/pants berpotongan flared bottom/ bootcut or classic straight cut.. atau pun cuba pakai low wrist jeans.. klw u ols berbentuk bdn ideal, pakailah apa sahaja.. :)
(vi)  pakai tali pinggang kecil, handbag yg sederhana/ kecil supaya u ols x tenggelam.. :p

Utk si tubuh kecil

Utk Si Berbadan Besar
(i) Pakailah pakaian yg berwarna tidak terlalu terang.. pilihlah color2 seperti biru laut, baby pink or putih..  dan dominasikan dgn warna gelap, contoh baju warna biru laut, seluar warna hitam or sebaliknya.. pemilihan corak haruslah vertical/memanjang dan berbunga kecil.. supaya menampakkan susuk yg lebih kecil.. 
(ii) Elakkan dari memakai pakaian yg sarat, tidak perlu berlapis, tidak perlu ada ruffle (klw nk pun sedikit sahaja) 
(iii) Jgn memakai pakaian yg melekat pada badan, longgarkan sedikit, tetapi jgn terlalu longgar utk mengelakkan u ols nmpk lebih besar..
(iv) siapa kata si berbadan besar tidak boleh mengenakan belt di baju? gunakan juga yg sederhana saiznya, utk menampakkan susuk tubuh.. baru cantik.. :p
(v) pilihlah seluar yg berbentuk bootcut( bottom cut jgn terlalu besar) utk nmpk lebih ramping, jgn hanya gunakan seluar straight cut.. beranilah utk mencuba yg baru..
(vi) handbag pula, jgn memilih yg terlalu kecil.. pilih yg agak besar utk diseimbangkan dgn bdn u ols..


Utk si Tubuh Gempal

*SELAMAT MENCUBA KAWAN2

p/s:i love u

Thursday, May 26, 2011

that's it!

At the end of the day,
When everybody's gone,
When we have no one,
Remember..
Allah is always beside us,
We still have our family,
They're always with us, no matter what!

p/s:i love u

Wednesday, May 25, 2011

Langit TAK Semestinya Cerah

begitu juga dgn cinta.. bukan selalunya bahagia.. xseperti yg diharapkan.. ada pasang surutnya..
Advices:
     ( i ) don't put your hopes up to high on love.. :) believe me!!
     ( ii) don't give your 100% trust to your partner.. u'll be disappointed! Keep some sceptical in u.. for u to get ready if anything happened.. trust me!
     (iii) don't give too much space to your partner (jgn pulak terlalu control mereka).. Give him/her space enough to miss u but never leave it long enough for him/her to forget and stop needing u..

*space yg dimaksudkan diatas ialah, masa utk partner anda bersendirian, keluar dgn rakan sejenis, bersembang dgn rakan berlainan jenis (bukan lebih2) .. klw too much space, phm2 je la apa yg akan jadi.. selamat mencuba!!
sometime, hujan turun tanpa disangka, terpaksa batalkan segala rancangan, 
tetapi disebaliknya,
ada rahmat dari Allah

p/s:i love u

Sunday, May 15, 2011

Acid Man... dia igt dia bergaya cam Joker?

xpasal2 aku nk emo.. hahaha... bab si lelaki acid yg mencetuskan fenomena ni.. hmm pening sebenarnye klw fikir apa motif dia yg sebenar...rasa nak je   ‎(゚o´(┗┐ヽ(・.・ )ノ ..tapi kang belum sempat nak buat camtu, da kena simbah dulu.. sedih laaaaaaaaaaaaa... nk jenjalan kat luar umah pun da takot skrg ni... seram, fobia, ngeri... aku memang bersimpati kat mangsa si lelaki ni.. dia igt dia buat jahat camni dia nmpk style la? dia igt dia Joker?

Gila x serious? da makin menjadi2 sgt da ni... mula2 baca theMalayMail benda ni da jd early March.. igt kan da stop tp makin melarat.. takot sgt... :| skrg, setakat yg aku baca, ada 23 org wanita da terkena, mangsa terbaru di Wangsa Maju..(tp xtau la klw ada yg terbaru) :( hati2, nmpknya kegiatan dia byk berlaku kat KL (Brickfield, BukitBintang, Wangsamaju) .. nasihatnya, don't drive while open the window.. don't walk alone in quiet place,even waktu siang.. jaga diri masing2 ye kawan.. LOVE U ALL..

p/s:i love u

Thursday, March 17, 2011

Hmmm...



"semua memandang saya".....
??????

p/s:i love u

Friday, March 11, 2011

RESULT

Alhamdulillah... semua penantian telah pun berakhir.. LEGA... sgt2 LEGA... akhirnya... tapi agak kecewa kerana ada sedikit penurunan.. mungkin kerana satu B- tu.. tp xpe... aku da cuba sedaya upaya.. aku da letakkan full effort... mungkin sedikit malas yg memberi kesan kepada result aku.. MUNGKIN... aku xpatut mengeluh sebenarnya kerana mungkin ramai yg mahu duduk di tempat aku... mungkin ramai yg lebih kecewa dr aku... aku patut bersyukur.. YA, Alhamdulillah.. :D terima kasih kepada semua yg membantu.. groupmates.. TQSM... anda secara tidak langsung membantu sy.. :)  AL Hakim jugaaaaaaa.. TERIMA KASIH..
p/s:i love

Friday, March 4, 2011

Extremely Fun- thanks F (bukan nama sebenar)

Bosan kan asek cerita pasal cinema, love, shopping complex.. ha, aku pon da lama xupdate blog, mari aku nak cerita satu kisah.. :-


Chapter 1
Aku dan Hakim da merancang nak menenangkan fikiran di PD.. saja picnic xmandi manda pon xpe... so, pada hari Rabu bersamaan March 2nd, dengan berbekalkan mihun goreng dan beberapa ketul popia yg aku masak sendiri (cukup utk 4-5 org), kami pon berangkatlah ke PD.. pada pukul 2pm..

Chapter 2
Tolak tambah berhenti di R&R, kami sampai di Seremban pada pukul 3.55pm utk menjemput I (bukan nama sebenar) bersama gf nya, T (bukan nama sebenar).. setelah itu, barulah kami menuju ke Port Dickson utk berjumpa F (bukan nama sebenar).. kini, tibalah masanya utk ke pantai..

Chapter 3
Memandangkan mereka x membawa baju basahan dan aku xde partner nak bermandi manda, kami pon duduk di tepi pantai sambil mkn mihun (yg agak basah) dan juga popia goreng.. Nak dijadikan cerita, si F yg memang penduduk di PD mengajak kami ke Rumah Api Tanjung Tuan yg berdekatan... (Hmm xsempat ambil gambar di sini)

bermulalah.. The Very Best Vacation Ever...


Chapter 4
Sampai je di depan pintu gerbang rumah api tersebut, kami pon parking kereta... kami yg xtau apa2 ni, dengan lurus bendulnya mengikut je kata si F td.. kami berjalan menyusuri jln yg bukan nya mendatar tapi menjunam itu.. (mendaki bukit yg berjalan tar) bak kata Hakim, "da mcm naik Genting jalan kaki da ni"... tengah bertungkus lumus mendaki, tiba2 ada sebuah kereta meluncur laju di sebelah kami... LAAAAAAA.. Boleh naik kereta rupanya nak pegi atas????  tapi xpe, oleh kerana da separuh jalan, kami pon meneruskan perjalanan ke atas (870 meter yg bukan mendatar, bayangkan) sampai je atas, kami mendaki pula tangga utk ke rumah api sebayak 66 anak tangga (ni berdasarkan research yg aku buat) tapi kami hanya mendaki separuh tangga sahaja kerana si F tahu jln yg lebih cepat.. sampai sahaja di atas, WOW!! sgt cantik.. si F menunjukkan pusar air.. (yg ni nampak dia mcm tourguide yg betol) kami nampak byk kapal2 di atas laut... sangat2 cantik, xjadi nak marah si F walaupun penat mendaki.. :D selepas mengambil beberapa hela nafas, si F pun mengeluarkan kata2 "jom, aku nak bwk korg satu tempat ni!" (xsempat tangkap gmbr kat tempat yg cantik ni).. :(

Chapter 5 
kami sekali lg dengan lurus bendulnya mengikut sahaja ajakan si F ni... aku ckp kat Hakim "betul ke jln dia ni? klw dia xtau, kita ikut jln td je lah".. tp Hakim ckp ok, aku pon ikot je le.. menyusuri hutan pula kali ni.. pada mulanya semua nmpk sempurna.. kami menuruni anak tgga yg di dalam hutan tu, kemudian terjumpa kerusi rehat, sempat ambil gambar lg.. tiba2 si F ckp, "jomlah da nak dekat pukul 6 ni, aku takot tmpt ni tutup je".. kami pon meneruskan perjalanan..

Chapter 6
kami menuruni anak tangga satu persatu.. sehingga lah aku terasa xsedap hati (haiahhh, mulut aku mmg masin) kerana kami da terlalu jauh rasanyaaaaaa... kaki da mula menggigil kerana sudah letih dr td mendaki kini menuruni anak tangga pula.. kami memang terlalu jauh sehingga boleh dengar deruan ombak pantai.. sekarang aku pasti.. KAMI SESAT!!

Chapter 7
aku da takut (yg lain xtau pula apa yg mereka rasa) kerana kini sudah hampir maghrib.. kami xbwk apa2 yg boleh dijadikan lampu... dlm kepala aku cuma satu, mcm mana klw kami still xkeluar dr hutan ni sebelum maghrib? Tiba2 si I ckp, "naik blk, naik blk, kita ikot simpang yg kat atas td".. ok, kami memanjat anak tangga pula... (kaki aku da betol2 rasa nak tercabut) tiba2 kami terserempak dengan dua org lelaki (nampak mcm biasa di hutan ni) Hakim bertanya arah, salah seorang dr mereka ckp, klw ikot tepi pantai tu lg senang, jadi, kami turun semula sehingga lah nmpk pantai..(sangat cantik dan sempat aku tangkap gambar kat sini..) kami pon mereruskan perjalanan ,enyusuri tepian pantai.. tetapi, air laut pasang pula, kami terpaksa mendaki bukit , (tanpa tangga dgn aku memakai kain nasib baik ada legging di dlm) sandal aku pula licin kerana terkena air laut td..

Chapter 8
Dengan skirt yg aku pakai, sandal yg licin, aku mendaki juga...dan kemudian sandal aku putus.. guess what? aku mendaki bukit yg berbatu tajam dan xtau ada seranggga apa dengan berkaki ayam.. si F meminta maaf berkali2 (tau pon salah dia, hahaha) mungkin 2 org lelaki tadi kasihan melihat kami, mereka dengan rela hati mahu tunjuk jalan keluar.. sampai satu lereng yg sangat curam, kami terpaksa berpaut pada pokok2 yg ada, dan juga berpaut pada sesiapa sahaja yg berdekatan.. setelah bertungkus lumus mendaki, tiba2 2 org lelaki itu kata, kami sudah salah jln (mungkin jln yg terlalu curam itu terlalu sukar buat kami) kami pon turun semula (hanya beberapa kaki) utk mandaki bukit yg kurang curam (apa2 pun, kami tetap mendaki).. gf si I iaitu si T juga terputus sandal.. si I memberi si T seliparnya (konon2 gentle la tu, hahaha).. setelah itu, kami mendaki lg mendaki lg, sampai satu tahap, aku mengesot dan  sehingga aku terduduk menangis... (aku insan yg lemah, sekuat mana aku bertahan, pasti xkan tertahan..cewaaaaaaah).. si F tergelak2 kecil (ingat aku xnmpk ke dia tengah gelakkan aku!) aku tahu, si T pun menangis juga... bayangkanlah, dr mula sampai sekarang, kami asek mendaki... lutut, betis, peha, tumit semua sudah sakit2... sampai je di perigi, kami minum air tersebut (rasa cam air strawberry, ahahaha).. kemudian, aku nmpk kaki aku berdarah.. Hakim nak bg aku pakai seliparnya, tp aku xnak sbb akan menyukarkan lg keadaan (sbb selipar dia besar)

Chapter 9
Selepas itu, kami berasa lega kerana jln sudah mula mendatar.. tetapi, tiba2, Kami nmpk anak tangga lg.. aku da mula rasa putus asa, klw andai kata bermalam di sini pon aku rela... tapi Hakim ada, menguatkan semangat aku kembali... si T sudah mula didukung oleh si I, (sekali lg dia tunjuk gentle) .. aku, xpe.. kasihan pula si Hakim klw aku meminta didukung.. walaupun aku da xboleh bertahan, tp aku masih kuatkan semangat... si F pula xabes2 berkata da nak sampai la, da dekat la.. sedangkan kami xnmpk penghujungnya dr td... aku menangis lg.. kerana kaki aku sudah tak dpat bertahan lg.. aku duduk, hakim tunggu...sampai la akhirnya kami berjaya sampai ke bukit yg bertar td... teka la lepas ni apa? kami kena turun bukit bertar td pula... kali ni da bersemangat sikit sbb da tahu jln keluar.. :D kaki mmg sakit, lg2 aku berkaki ayam di jln tar?? da mcm anak org asli da..

Chapter 10
Finally, kami sampai di kereta.. sudah hampir pkul 7.30 pm ketika itu.. syukur aku dan Hakim ada bekalan air minum... kami berkongsi minuman.. lega.. kami pun bergerak ke Petronas , Hakim membeli selipar berwarna oren utk aku (xde color lain ke? hahaha) kemudian ke kedai mkn (Bangi Kopitiam) sambil bergelak ketawa mengenang peristiwa td.. Kemudian, pada pukul 9.30 pm, aku dan Hakim mula meneruskan perjalanan pulang ke KL... singgah sebentar di McD MRRII, pada pukul 10.55pm.. setelah itu kami pulang ke rumah masing2... dan kaki aku pula sakitnya tak hilang2 lg...  Pengajaran utk hari itu, xpayah nak pandai2 sgt.. HAHAHA

*gmbr akan di upload bila ada kelapangan...

p/s:i love u