Perjalanan ke Tanah Merah, Kelantan dimulakan sekitar jam 1.30 pagi dari Shah Alam. Ini adalah utk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di sana. Memang agak lewat kerana ada rakan yg bekerja syif malam..
Selepas melepasi tol Gombak..
Azizi : eh, kami (azizi & Malik) tidur dulu la ye.
Malik : yelah, nnt kami nak gilir2 memandu pulak..
Hadi yg duduk di sebelah Saifullah yg memandu asyik bersembang..
Selepas melalui Bentong...
Jalan mulai sunyi, ketika menaiki bukit, Saifullah dan Hadi terdengar seperti ada benda yg menghempap but kereta, tetapi bila dipandang cermin pandang belakang, tiada apa. Memandangkan keadaan yg sunyi dan gelap, Saifullah meneruskan perjalanan sambil tingkap kereta dibuka, maklumlah, lelaki, mesti mahu menghisap rokok. Dia berhati- hati ketika mahu memotong lori balak di hadapannya, ketika ini dirasakan keretanya terasa berat. Sebaik sahaja Saifullah memintas lori tersebut, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali. Hadi menyuruh Saifullah memecut laju sedikit utk mengelak dari gangguan lampu lori di belakang mereka.
Apa yg peliknya..
Selepas itu, terdapat beberapa kereta yg memintas mereka turut menyalakan lampu besar, ada juga yg membunyikan hon.
Saifullah: mungkin mereka ni nak bgtau sesuatu ni
Hadi: yelah, berhentilah kat tepi. (sambil mengejutkan Malik dan Azizi)
Saifullah dan Hadi pun membuka pintu, Malik pula memalingkan mukanya ke belakang.. tiba2..
Malik: Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah, kita blah!
Tanpa buang masa, Saifullah dan Hadi menutup pintu, dan tingkap yg dibuka sebentar td juga ditutup. Saifullah memecut laju, Malik masih menekup muka, Azizi menenangkannya..
Hadi: Apa yg kau nampak?
Malik: Aku rasa aku nampak puntianak, Dia tengah baring terlentang atas but kereta, tapi mukanya menghadap kita.. masa aku toleh ke belakang, mata aku betul2 bertentang dgn matanya.
Saifullah cuba utk melihat melalui cermin pandang belakang, namun tiada apa.. hadi pula cuba melihat melalui cermin sisi.. lalu,
Hadi: Pul, betullah, aku nampak ada 'benda' kat belakang.
Mereka tidak putus2 membaca kalimah al-Quran. Hadi pula mengalunkan azan setiap 15 minit..
*Cerita ini telah diolah utk memudahkan pembaca blog saya memahami. Cerita asal sy dapat dari surat kabar Kosmo! bertarikh 12 jun 2011.. :)
p/s:i love u
No comments:
Post a Comment