Friday, March 4, 2011

Extremely Fun- thanks F (bukan nama sebenar)

Bosan kan asek cerita pasal cinema, love, shopping complex.. ha, aku pon da lama xupdate blog, mari aku nak cerita satu kisah.. :-


Chapter 1
Aku dan Hakim da merancang nak menenangkan fikiran di PD.. saja picnic xmandi manda pon xpe... so, pada hari Rabu bersamaan March 2nd, dengan berbekalkan mihun goreng dan beberapa ketul popia yg aku masak sendiri (cukup utk 4-5 org), kami pon berangkatlah ke PD.. pada pukul 2pm..

Chapter 2
Tolak tambah berhenti di R&R, kami sampai di Seremban pada pukul 3.55pm utk menjemput I (bukan nama sebenar) bersama gf nya, T (bukan nama sebenar).. setelah itu, barulah kami menuju ke Port Dickson utk berjumpa F (bukan nama sebenar).. kini, tibalah masanya utk ke pantai..

Chapter 3
Memandangkan mereka x membawa baju basahan dan aku xde partner nak bermandi manda, kami pon duduk di tepi pantai sambil mkn mihun (yg agak basah) dan juga popia goreng.. Nak dijadikan cerita, si F yg memang penduduk di PD mengajak kami ke Rumah Api Tanjung Tuan yg berdekatan... (Hmm xsempat ambil gambar di sini)

bermulalah.. The Very Best Vacation Ever...


Chapter 4
Sampai je di depan pintu gerbang rumah api tersebut, kami pon parking kereta... kami yg xtau apa2 ni, dengan lurus bendulnya mengikut je kata si F td.. kami berjalan menyusuri jln yg bukan nya mendatar tapi menjunam itu.. (mendaki bukit yg berjalan tar) bak kata Hakim, "da mcm naik Genting jalan kaki da ni"... tengah bertungkus lumus mendaki, tiba2 ada sebuah kereta meluncur laju di sebelah kami... LAAAAAAA.. Boleh naik kereta rupanya nak pegi atas????  tapi xpe, oleh kerana da separuh jalan, kami pon meneruskan perjalanan ke atas (870 meter yg bukan mendatar, bayangkan) sampai je atas, kami mendaki pula tangga utk ke rumah api sebayak 66 anak tangga (ni berdasarkan research yg aku buat) tapi kami hanya mendaki separuh tangga sahaja kerana si F tahu jln yg lebih cepat.. sampai sahaja di atas, WOW!! sgt cantik.. si F menunjukkan pusar air.. (yg ni nampak dia mcm tourguide yg betol) kami nampak byk kapal2 di atas laut... sangat2 cantik, xjadi nak marah si F walaupun penat mendaki.. :D selepas mengambil beberapa hela nafas, si F pun mengeluarkan kata2 "jom, aku nak bwk korg satu tempat ni!" (xsempat tangkap gmbr kat tempat yg cantik ni).. :(

Chapter 5 
kami sekali lg dengan lurus bendulnya mengikut sahaja ajakan si F ni... aku ckp kat Hakim "betul ke jln dia ni? klw dia xtau, kita ikut jln td je lah".. tp Hakim ckp ok, aku pon ikot je le.. menyusuri hutan pula kali ni.. pada mulanya semua nmpk sempurna.. kami menuruni anak tgga yg di dalam hutan tu, kemudian terjumpa kerusi rehat, sempat ambil gambar lg.. tiba2 si F ckp, "jomlah da nak dekat pukul 6 ni, aku takot tmpt ni tutup je".. kami pon meneruskan perjalanan..

Chapter 6
kami menuruni anak tangga satu persatu.. sehingga lah aku terasa xsedap hati (haiahhh, mulut aku mmg masin) kerana kami da terlalu jauh rasanyaaaaaa... kaki da mula menggigil kerana sudah letih dr td mendaki kini menuruni anak tangga pula.. kami memang terlalu jauh sehingga boleh dengar deruan ombak pantai.. sekarang aku pasti.. KAMI SESAT!!

Chapter 7
aku da takut (yg lain xtau pula apa yg mereka rasa) kerana kini sudah hampir maghrib.. kami xbwk apa2 yg boleh dijadikan lampu... dlm kepala aku cuma satu, mcm mana klw kami still xkeluar dr hutan ni sebelum maghrib? Tiba2 si I ckp, "naik blk, naik blk, kita ikot simpang yg kat atas td".. ok, kami memanjat anak tangga pula... (kaki aku da betol2 rasa nak tercabut) tiba2 kami terserempak dengan dua org lelaki (nampak mcm biasa di hutan ni) Hakim bertanya arah, salah seorang dr mereka ckp, klw ikot tepi pantai tu lg senang, jadi, kami turun semula sehingga lah nmpk pantai..(sangat cantik dan sempat aku tangkap gambar kat sini..) kami pon mereruskan perjalanan ,enyusuri tepian pantai.. tetapi, air laut pasang pula, kami terpaksa mendaki bukit , (tanpa tangga dgn aku memakai kain nasib baik ada legging di dlm) sandal aku pula licin kerana terkena air laut td..

Chapter 8
Dengan skirt yg aku pakai, sandal yg licin, aku mendaki juga...dan kemudian sandal aku putus.. guess what? aku mendaki bukit yg berbatu tajam dan xtau ada seranggga apa dengan berkaki ayam.. si F meminta maaf berkali2 (tau pon salah dia, hahaha) mungkin 2 org lelaki tadi kasihan melihat kami, mereka dengan rela hati mahu tunjuk jalan keluar.. sampai satu lereng yg sangat curam, kami terpaksa berpaut pada pokok2 yg ada, dan juga berpaut pada sesiapa sahaja yg berdekatan.. setelah bertungkus lumus mendaki, tiba2 2 org lelaki itu kata, kami sudah salah jln (mungkin jln yg terlalu curam itu terlalu sukar buat kami) kami pon turun semula (hanya beberapa kaki) utk mandaki bukit yg kurang curam (apa2 pun, kami tetap mendaki).. gf si I iaitu si T juga terputus sandal.. si I memberi si T seliparnya (konon2 gentle la tu, hahaha).. setelah itu, kami mendaki lg mendaki lg, sampai satu tahap, aku mengesot dan  sehingga aku terduduk menangis... (aku insan yg lemah, sekuat mana aku bertahan, pasti xkan tertahan..cewaaaaaaah).. si F tergelak2 kecil (ingat aku xnmpk ke dia tengah gelakkan aku!) aku tahu, si T pun menangis juga... bayangkanlah, dr mula sampai sekarang, kami asek mendaki... lutut, betis, peha, tumit semua sudah sakit2... sampai je di perigi, kami minum air tersebut (rasa cam air strawberry, ahahaha).. kemudian, aku nmpk kaki aku berdarah.. Hakim nak bg aku pakai seliparnya, tp aku xnak sbb akan menyukarkan lg keadaan (sbb selipar dia besar)

Chapter 9
Selepas itu, kami berasa lega kerana jln sudah mula mendatar.. tetapi, tiba2, Kami nmpk anak tangga lg.. aku da mula rasa putus asa, klw andai kata bermalam di sini pon aku rela... tapi Hakim ada, menguatkan semangat aku kembali... si T sudah mula didukung oleh si I, (sekali lg dia tunjuk gentle) .. aku, xpe.. kasihan pula si Hakim klw aku meminta didukung.. walaupun aku da xboleh bertahan, tp aku masih kuatkan semangat... si F pula xabes2 berkata da nak sampai la, da dekat la.. sedangkan kami xnmpk penghujungnya dr td... aku menangis lg.. kerana kaki aku sudah tak dpat bertahan lg.. aku duduk, hakim tunggu...sampai la akhirnya kami berjaya sampai ke bukit yg bertar td... teka la lepas ni apa? kami kena turun bukit bertar td pula... kali ni da bersemangat sikit sbb da tahu jln keluar.. :D kaki mmg sakit, lg2 aku berkaki ayam di jln tar?? da mcm anak org asli da..

Chapter 10
Finally, kami sampai di kereta.. sudah hampir pkul 7.30 pm ketika itu.. syukur aku dan Hakim ada bekalan air minum... kami berkongsi minuman.. lega.. kami pun bergerak ke Petronas , Hakim membeli selipar berwarna oren utk aku (xde color lain ke? hahaha) kemudian ke kedai mkn (Bangi Kopitiam) sambil bergelak ketawa mengenang peristiwa td.. Kemudian, pada pukul 9.30 pm, aku dan Hakim mula meneruskan perjalanan pulang ke KL... singgah sebentar di McD MRRII, pada pukul 10.55pm.. setelah itu kami pulang ke rumah masing2... dan kaki aku pula sakitnya tak hilang2 lg...  Pengajaran utk hari itu, xpayah nak pandai2 sgt.. HAHAHA

*gmbr akan di upload bila ada kelapangan...

p/s:i love u

4 comments:

  1. Dijemput ke blog saya untuk menikmati haruman perfume.

    http://perfume-merchant.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ha, da jual perfume pula.. :D

    ReplyDelete
  3. hahahaha 1 pengalaman yang menarik...aku pernah pergi sana 2x..buat yang pertama kalinya pergi memang akan maki2 sbb x tau boleh bawak kete...hehehe untuk pengetahuan tiap kali aku g pon aku pakai seliper jamban jerk (croc pasar malam) alhamdulilah la x putus :) cuma bahayanya takut licin...tu yg mmber2 aku bebel...

    hmm nak kata tinggi bukit tu, x la jugak klo nak dibandingkan dengan bukit larut kat taiping...lepas daki bukit larut leh bermalam kat gunung ijau....memang seronok mendaki bukit yang ada TAR!!!hahaha sekali tergolek luka bersepah....kebanyakkan tergolek laki la kan...ngeee

    dalam hutan tu bukan pusing2 je ker???? tp klo da malam jadi seram skit kan dalam tu...klo korang bernasib baik (atau memang da tau map) akan terjumpa 2 perigi yang orang kata 1 perigi untuk mandi....1 perigi untuk minum, elok untuk kesihatan....(tp tiap kali aku pergi mesti x sempat nak cari :< agak sedih la...)

    lepas tu dalam tu ada 1 kubur bersejarah...orang PD tau la kot...da lupa sapenye kubur...n ada 1 lubang yang boleh tembus terus ke indonesia.....macam lorong bawah tanah...sempit jerk....(ini dari cerita orang lama..)

    hari tu main2 kat pantai bawah tu ternampak macam ada kepala orang berenang warna itam!!! bila di amati ada bentuk macam ikan duyung!! tp nak buat macam mana baru nak kuakan camera da ilang :( bila2 pikir macam takut la pulak nak main2 kat bawah tu.... tapi kali ke-2 g ingat nak jumpa lagi...tp hampeh x timbul2 pon....huhuhu

    apa pun memang dalam perancangan nak pergi sana lagi...nak pusing 1 hari...boleh kurus tu.....tengok burung helang......ambik udara segar....bestkan.....kali ke-3 kelengkapan mesti lengkap baru x risau sangat...huhuhu

    ReplyDelete
  4. HAHAHA.. kitorg jadi sgt penat dan adventure sbb kami sesat.. sesat sampai jumpa perigi tu.. klw saja2 mmg xjumpa la perigi tu... kami pergi xde tourguide.. hampeh kan?? :( nasib baik kami xtau ada kubur dlm tu.. klw x, lg la aku takot.. HAHA

    ReplyDelete