Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Pepatah Rekaan Sendiri


Salam, pepatah ni tak ditujukan utk sesiapa. 
Tak tipu. 
Sekadar ingatan utk diri sendiri sebenarnya.
Maaf kalau ada kena mengena ye. 

"Kawan yg khianat seperti tahi kucing di atas rumput.
Ada baunya tp susah nak nampak.
Bila dah terpijak, kita gesek kaki kat rumput lain pulak.
Bau dia tetap ada klw x dibasuh dgn air dan sabun.
Jadi, hati2 jln atas rumput.
Kalau boleh, elak terpijak tahi kucing.
Kalau dah terpijak, cepat2 basuh."

>___<




p/s:i love u

Thursday, March 14, 2013

The Time Will Come.

Recently, I've got so many wedding invitations. :)
It's like a "Wedding Season" in Malaysia.
Happy for my friends. 
And relatives.
Congratulation. 

However,
I'm the one who suffering from all this things.
Why?
"Wanie bila lagi?"
"Lepas ni Wanie la pulak ye?"
"Tak elok lambat2 sgt"
"5 tahun lebih tu, klw kahwin, dah ada 5 anak"
Please stop questioning me.
It annoys me.
Sometimes.

Durhhhh.
Guys, please.
I'm still young. 
The time will come. 
But for sure, not now. 
in shaa Allah, ada jodoh, ada rezeki Allah bagi, terus kahwin,
Who's don't wanna get married after all?


Marah sangat ni?
Tak laaaaa.
Biasa2 je, luahkan perasaan. 
HEHEHE.

p/s:i love u

Thursday, July 12, 2012

I'm getting older

Past few days adalah merupakan birthday saya. 10 July 2012 merupakan birthday saya yg ke?? rahsia. hahahha. Tepat 12 am 10 July 2012, saya dalam movie theater bersama Al-Hakim (The Amazing Spiderman), no cake, no candle, no flower. Tapi saya suka dia ingat, hargai dan ada bersama saya on my birthday. :) I really appreciate it. Yes, I really am.
Seperti biasa, bila je birthday aku, mesti ada byk assignment yg nak kena siapkan. -.-'. So, pada hari selasa, 10 July 2012 dari pukul 3 pm sampailah pukul 12 am, saya ngan al-Hakim buat assignment. Birthday saya haritu, habis mcmtu je.
Esoknya, 11 July 2012, pergi class, rupanya lecturer tu nak data from our survey tu next week, bukan this week. what a waste. ~sigh~ Haritu, cadang nak masak ayam masak lemak cili api, sambal tumis dan cendawan tumis sos tiram, so pas abes class, pergi la pasar Seri Kembangan nak beli bahan2 masak.
Balik je rumah, housemate (kak Ikah and dyla) mcm beli brg byk, padahal aku da gtau aku nak masak dinner haritu. Tiba2 Dyla ajak aku masuk bilek, gelak2 sembang benda apa2 ntah, pastu dia keluar bilik, aku pun pergi duduk kat meja mkn, sembang ngan akem. Then, zura dan Nabil sampai, tiba2 kak ikah bawak kek dan nyanyi ~Happy Birthday~ utk aku dan zura. Terkejut beruk! sumpah! I didnt expect anything. Zura pun terkejut sebab dia ingat dorang buat utk aku je, konon nak surprise kan aku, sekali dia pun terkejut. haha. Lepas tu barulah Ijam dan Kerol dtg.
Kak Ikah pun masak mee goreng, aku potong buah tembikai, Dyla tolong potong apa2 ntah. HAHA. Tp korang the best. Al-Hakim pandai simpan rahsia, bukan main kemas. Aku tanya kenapa Ijam nak g Cyberia, dia jawab ntah, dia ckp nak jumpa kawan dia. HAHAHA. aku ni punyalah bodoh nak mampus percaya. Yang Dyla pulak, call aku ckp Zura nak dtg rumah, dia nak tenangkan fikiran. Sekali lagi aku ni percaya.
Apa2 pun plan korang sgt berjaya that day. Memang aku sangat terkejut, teruja dan terkentut. Ehh? haha.

A million trillion thanks to all of u for the wishes. I'm thankful for the blessing. Thanks to Al-Hakim, Dyla, Zura, Ijam, Kerol, Nabil and especially kak Ikah for the cake. It was very fun yesterday. :D

p/s:i love u

Friday, July 22, 2011

It's been so long

Salam everyone.. da lama x update di sini.. anda sihat? I'm quite busy lately.. I have to settle down sort of things.. and It will continue until next week and the week after that.. tiba2 nak share with u guys gambr kwn2 sy yg dah berkawin..nak doakan kebahagiaan mereka sahaja.. I'm happy for them..friends, have a very sweet n nice married life.. :) sorry ada wedding yg xdpt pegi.. :)

Yang terbaru Selamat pengantin baru, Khalid Farhan.. :D

 Roshan Mirza, she's got baby girl named Damia sarah

old friends, baju biru(Nazat) n bertudung putih(Sue) yg da kawen..sorry xdpt dtg.. :)

Mona.. she's pregnant now.. wish u luck dear! 

Effa, selamat pengantin baru.. :) 

Dyla, Technic school friend, selamat pengantin baru 

Abidah.. semoga bahagia 

Anum, semoga berkekalan.. :)

*klw ada sy terlupa letak, sorry ye kwn2.. :D
p/s:i love u

Friday, March 11, 2011

RESULT

Alhamdulillah... semua penantian telah pun berakhir.. LEGA... sgt2 LEGA... akhirnya... tapi agak kecewa kerana ada sedikit penurunan.. mungkin kerana satu B- tu.. tp xpe... aku da cuba sedaya upaya.. aku da letakkan full effort... mungkin sedikit malas yg memberi kesan kepada result aku.. MUNGKIN... aku xpatut mengeluh sebenarnya kerana mungkin ramai yg mahu duduk di tempat aku... mungkin ramai yg lebih kecewa dr aku... aku patut bersyukur.. YA, Alhamdulillah.. :D terima kasih kepada semua yg membantu.. groupmates.. TQSM... anda secara tidak langsung membantu sy.. :)  AL Hakim jugaaaaaaa.. TERIMA KASIH..
p/s:i love

Friday, March 4, 2011

Extremely Fun- thanks F (bukan nama sebenar)

Bosan kan asek cerita pasal cinema, love, shopping complex.. ha, aku pon da lama xupdate blog, mari aku nak cerita satu kisah.. :-


Chapter 1
Aku dan Hakim da merancang nak menenangkan fikiran di PD.. saja picnic xmandi manda pon xpe... so, pada hari Rabu bersamaan March 2nd, dengan berbekalkan mihun goreng dan beberapa ketul popia yg aku masak sendiri (cukup utk 4-5 org), kami pon berangkatlah ke PD.. pada pukul 2pm..

Chapter 2
Tolak tambah berhenti di R&R, kami sampai di Seremban pada pukul 3.55pm utk menjemput I (bukan nama sebenar) bersama gf nya, T (bukan nama sebenar).. setelah itu, barulah kami menuju ke Port Dickson utk berjumpa F (bukan nama sebenar).. kini, tibalah masanya utk ke pantai..

Chapter 3
Memandangkan mereka x membawa baju basahan dan aku xde partner nak bermandi manda, kami pon duduk di tepi pantai sambil mkn mihun (yg agak basah) dan juga popia goreng.. Nak dijadikan cerita, si F yg memang penduduk di PD mengajak kami ke Rumah Api Tanjung Tuan yg berdekatan... (Hmm xsempat ambil gambar di sini)

bermulalah.. The Very Best Vacation Ever...


Chapter 4
Sampai je di depan pintu gerbang rumah api tersebut, kami pon parking kereta... kami yg xtau apa2 ni, dengan lurus bendulnya mengikut je kata si F td.. kami berjalan menyusuri jln yg bukan nya mendatar tapi menjunam itu.. (mendaki bukit yg berjalan tar) bak kata Hakim, "da mcm naik Genting jalan kaki da ni"... tengah bertungkus lumus mendaki, tiba2 ada sebuah kereta meluncur laju di sebelah kami... LAAAAAAA.. Boleh naik kereta rupanya nak pegi atas????  tapi xpe, oleh kerana da separuh jalan, kami pon meneruskan perjalanan ke atas (870 meter yg bukan mendatar, bayangkan) sampai je atas, kami mendaki pula tangga utk ke rumah api sebayak 66 anak tangga (ni berdasarkan research yg aku buat) tapi kami hanya mendaki separuh tangga sahaja kerana si F tahu jln yg lebih cepat.. sampai sahaja di atas, WOW!! sgt cantik.. si F menunjukkan pusar air.. (yg ni nampak dia mcm tourguide yg betol) kami nampak byk kapal2 di atas laut... sangat2 cantik, xjadi nak marah si F walaupun penat mendaki.. :D selepas mengambil beberapa hela nafas, si F pun mengeluarkan kata2 "jom, aku nak bwk korg satu tempat ni!" (xsempat tangkap gmbr kat tempat yg cantik ni).. :(

Chapter 5 
kami sekali lg dengan lurus bendulnya mengikut sahaja ajakan si F ni... aku ckp kat Hakim "betul ke jln dia ni? klw dia xtau, kita ikut jln td je lah".. tp Hakim ckp ok, aku pon ikot je le.. menyusuri hutan pula kali ni.. pada mulanya semua nmpk sempurna.. kami menuruni anak tgga yg di dalam hutan tu, kemudian terjumpa kerusi rehat, sempat ambil gambar lg.. tiba2 si F ckp, "jomlah da nak dekat pukul 6 ni, aku takot tmpt ni tutup je".. kami pon meneruskan perjalanan..

Chapter 6
kami menuruni anak tangga satu persatu.. sehingga lah aku terasa xsedap hati (haiahhh, mulut aku mmg masin) kerana kami da terlalu jauh rasanyaaaaaa... kaki da mula menggigil kerana sudah letih dr td mendaki kini menuruni anak tangga pula.. kami memang terlalu jauh sehingga boleh dengar deruan ombak pantai.. sekarang aku pasti.. KAMI SESAT!!

Chapter 7
aku da takut (yg lain xtau pula apa yg mereka rasa) kerana kini sudah hampir maghrib.. kami xbwk apa2 yg boleh dijadikan lampu... dlm kepala aku cuma satu, mcm mana klw kami still xkeluar dr hutan ni sebelum maghrib? Tiba2 si I ckp, "naik blk, naik blk, kita ikot simpang yg kat atas td".. ok, kami memanjat anak tangga pula... (kaki aku da betol2 rasa nak tercabut) tiba2 kami terserempak dengan dua org lelaki (nampak mcm biasa di hutan ni) Hakim bertanya arah, salah seorang dr mereka ckp, klw ikot tepi pantai tu lg senang, jadi, kami turun semula sehingga lah nmpk pantai..(sangat cantik dan sempat aku tangkap gambar kat sini..) kami pon mereruskan perjalanan ,enyusuri tepian pantai.. tetapi, air laut pasang pula, kami terpaksa mendaki bukit , (tanpa tangga dgn aku memakai kain nasib baik ada legging di dlm) sandal aku pula licin kerana terkena air laut td..

Chapter 8
Dengan skirt yg aku pakai, sandal yg licin, aku mendaki juga...dan kemudian sandal aku putus.. guess what? aku mendaki bukit yg berbatu tajam dan xtau ada seranggga apa dengan berkaki ayam.. si F meminta maaf berkali2 (tau pon salah dia, hahaha) mungkin 2 org lelaki tadi kasihan melihat kami, mereka dengan rela hati mahu tunjuk jalan keluar.. sampai satu lereng yg sangat curam, kami terpaksa berpaut pada pokok2 yg ada, dan juga berpaut pada sesiapa sahaja yg berdekatan.. setelah bertungkus lumus mendaki, tiba2 2 org lelaki itu kata, kami sudah salah jln (mungkin jln yg terlalu curam itu terlalu sukar buat kami) kami pon turun semula (hanya beberapa kaki) utk mandaki bukit yg kurang curam (apa2 pun, kami tetap mendaki).. gf si I iaitu si T juga terputus sandal.. si I memberi si T seliparnya (konon2 gentle la tu, hahaha).. setelah itu, kami mendaki lg mendaki lg, sampai satu tahap, aku mengesot dan  sehingga aku terduduk menangis... (aku insan yg lemah, sekuat mana aku bertahan, pasti xkan tertahan..cewaaaaaaah).. si F tergelak2 kecil (ingat aku xnmpk ke dia tengah gelakkan aku!) aku tahu, si T pun menangis juga... bayangkanlah, dr mula sampai sekarang, kami asek mendaki... lutut, betis, peha, tumit semua sudah sakit2... sampai je di perigi, kami minum air tersebut (rasa cam air strawberry, ahahaha).. kemudian, aku nmpk kaki aku berdarah.. Hakim nak bg aku pakai seliparnya, tp aku xnak sbb akan menyukarkan lg keadaan (sbb selipar dia besar)

Chapter 9
Selepas itu, kami berasa lega kerana jln sudah mula mendatar.. tetapi, tiba2, Kami nmpk anak tangga lg.. aku da mula rasa putus asa, klw andai kata bermalam di sini pon aku rela... tapi Hakim ada, menguatkan semangat aku kembali... si T sudah mula didukung oleh si I, (sekali lg dia tunjuk gentle) .. aku, xpe.. kasihan pula si Hakim klw aku meminta didukung.. walaupun aku da xboleh bertahan, tp aku masih kuatkan semangat... si F pula xabes2 berkata da nak sampai la, da dekat la.. sedangkan kami xnmpk penghujungnya dr td... aku menangis lg.. kerana kaki aku sudah tak dpat bertahan lg.. aku duduk, hakim tunggu...sampai la akhirnya kami berjaya sampai ke bukit yg bertar td... teka la lepas ni apa? kami kena turun bukit bertar td pula... kali ni da bersemangat sikit sbb da tahu jln keluar.. :D kaki mmg sakit, lg2 aku berkaki ayam di jln tar?? da mcm anak org asli da..

Chapter 10
Finally, kami sampai di kereta.. sudah hampir pkul 7.30 pm ketika itu.. syukur aku dan Hakim ada bekalan air minum... kami berkongsi minuman.. lega.. kami pun bergerak ke Petronas , Hakim membeli selipar berwarna oren utk aku (xde color lain ke? hahaha) kemudian ke kedai mkn (Bangi Kopitiam) sambil bergelak ketawa mengenang peristiwa td.. Kemudian, pada pukul 9.30 pm, aku dan Hakim mula meneruskan perjalanan pulang ke KL... singgah sebentar di McD MRRII, pada pukul 10.55pm.. setelah itu kami pulang ke rumah masing2... dan kaki aku pula sakitnya tak hilang2 lg...  Pengajaran utk hari itu, xpayah nak pandai2 sgt.. HAHAHA

*gmbr akan di upload bila ada kelapangan...

p/s:i love u

Saturday, October 2, 2010

Kata Kata yang Manis utk Didengar

Hari tu, ntah kenapa, aku rasa sgt gembira... aku biarkan emosi ini, bermain dlm dada dan kepala aku... senyuman pula xlekang dari menari2 dibibir aku... enak rasanya... bagai dibuai mimpi... otak aku rasa lapang.... selapang lautan biru... buih2 laut menerpa disisir pantai.. x ada apa yg aku perlu pikir... cuma mata yg agak sakit membuatkan aku tak selesa.. Ah, biarkan saja.. tiada apa yg boleh mengganggu perasaan aku yg berbunga mekar ini..

Aku pandang ke syiling, memerhatikan kipas yg berputar ligat.. hmm apalah 'dia' yg boleh fhm perasaan aku... aku senyum sendiri... aku mencapai komputer riba yg ada xjauh di depan mata, aku bukak, dan mendaftar masuk dlm salah satu laman sosial.... hmm.. walaupun bosan, aku tetap senyum.. mungkin perasaan td belum hilang dr hati... aku baca satu persatu 'apa dlm fikiran anda' di HOME.. bermacam2 ayat yg mungkin benar dr hati mereka, atau pun tidak, itu aku tidak pasti... mungkin di laman itulah medan mereka meluahkan perasaan... ada yg boleh dijadikan tauladan dan ada pula yg hanya lepas dipandang... dan, aku terbaca status salah seorang rakan aku,

"cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat...betul ke..???"

Yesterday at 12:02am

 hmm aku senyum... dalam kepalaku, berfikir, mungkin dia mahukan semula semangatnya yg da hilang... xsalah utk aku membantu... dia rakanku, sahabatku... kepala aku ligat mencari dan menyusun ayat.. apa yg sesuai dan tidak, takut2 pula terguris hatinya... hmm, dan ini satu2nya ayat, yg terkeluar dr kotak fikiran aku... dan aku rasa, dapat membantunya...  





"ye, betol, cinta mematangkan kita, mengajar kita erti hidup.. gagal sekali dlm cinta bukan bermakna kita xboleh mencari cinta lain.. gagahkan hati, kuatkan semangat.. cinta ajar kita supaya tak berputus asa... selagi kita boleh bertahan, teruskan.. tapi bila da jd racun dlm diri, tinggalkan... >_<"on Thursday

Aku tersenyum puas.. hasilnya sgt sedap... manis utk didengar... semoga dia dapat menjadikannya sebagai nasihat.. aku tahu, tidak mudah utk menjadi dia.. aku tahu betapa sukarnya utk melupakan.. dan aku tahu, betapa besarnya cinta dia...aku tahu... mimpi mmg mudah utk dilupakn, tetapi memori, sukar dikikis dr ingatan... aku xdpt membantu lebih dr ini... aku cuma berharap dia dpt mencari penawar racun lamanya.. >_<

p/s:i love u 

Apa khabar blog ku?

da lama x drop by kat sini... still sama je cam dulu... xde ape pon yg berubah.. org pon xnak follow aku sbb aku kurang update blog.. sorry.. sesangat2 bz... sejak konvo hari tu, puasa lg, raya pulak, pastu exam.. skrg baru la aku free... tapi tengah menanggung derita.. EYE SORE pula... huh.. ok, aku rasa, masih sempat utk aku ucapkan A VERY HAPPY EID MUBARAK for all of u.. since aku da terstart nak menaip di blog ni, aku nak taip mcm2... ha, kita start dr konvo dulu...

1st Ogos 2010


 Arabian Night.. Theme for dinner..mkn kambing golek.. hahaha.. best yg xterkira sbb dapat berkumpul ramai2.. sgt syiooook...xde baju arab pon xpe.. jnji, pergi... theme? ada dorg kesah? haha.. asalkan dpt jumpa kawan2... mmg seronok.. klw ikotkan, nak letak byk2 gmbr... ;D


3rd Ogos 2010


MMC Convocation...Inilah hari yg bermakna buat aku, family aku, rakan2 dan insan yg disebelah aku tu... Kami saling mengucapkan terima kasih diatas kesudian masing2 membantu antara satu sama lain.. klw xde dia, aku rasa xsampai sini perjalanan hidup aku.. hari tu jugak aku sempat ucapkan terima kasih kat mak abah and nenek aku... xsempurna hidup aku tanpa mereka.. siapalah aku tanpa mereka.. raut wajah family aku menampakkan muka bangga, gembira, terharu dgn kejayaan aku.. hmm, tu belum aku yg berucap kat atas pentas, agaknya klw aku yg berucap, satu kg nenek aku bwk.. HAHAHA... aku panjatkan rasa bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dgn limpah kurniaNya, dengan izinNya, aku telah berjaya mengharungi dugaan dan liku2 sebagai pelajar diploma... >_<

5th September 2010

Aku dan Akem arrange majlis berbuka puasa bersama ngan kwn2... mmg best.. ;) kami buat kat Flaming Steambot, Danau Kota... tp yg perempuan ramai yg xdpt hadir... hmm.. ;( tp xpe.. tetap meriah... gila ko? suara kami je yg bising... yg ni aku xdpt nk letak gmbr.. sbb gmbr tu kat org.. die bz, xdpt nk upload katanya... ok.. nnt bila2 aku da dpt gmbr tu, aku post kat sini.. ;) best... yg nk pergi, tp xdpt, aku mintak maaf sgt2... lain kali aku jnji, aku buat lg.. khas utk batch kita... jgn marah yeeeeeeeee... sblm ni, aku ada teman Fatin g beli baju raya.. ha, ni yg aky mls klw teman org shopping.. jap lg, ngan aku2 shopping.. dpt lg sehelai baju raya.. aku belikan adik aku satu.... '_'

10th September 2010


 Family belah mak
Family belah abah

Selamat menyambut Hari raya, maaf zahir dan batin... aku ni manusia biasa yg xpenah lepas dr membuat kesilapan... jd, di kesempatan ini, aku nk memohon kemaafan, dr kesalahan yg aku lakuakan sebesar zarah, sampailah kesalahan aku sebesar gajah... apa yg aku terkata, terkutuk, terlepas kata, terguris perasaan, terambil makanan, terguna duit, terminta ilmu, harap korg halalkan, aku pon maafkan semua salah silap korg kat aku (klw korg ada)... aku ni xdpt nak bg apa kat bulan baik, bulan mulia ni.. hanya kemaafan je yg mampu aku berikan... ok, xnak sedih2 bulan Syawal ni, mengajak kita bergembira, tp jgn lupa yg da xde... 

20th September 2010

Aku da start EXAM da.. 1st paper - HR... aku da start study dr mggu lepas nye lg.. ok, skrg, cuba korg kira, berapa hari je aku raya? xsyiiiiok ok? just a few da je raya... ;( .. Baju raya tahun ni da la byk, ada 7 pasang.. tp dpt raya kejap je... T_T.... pakai baju raya dlm exam hall la nmpknyeeeeeeeeeee.. HAHAHA... :D 3mggu aku dan akem rasa sgt stress.. tgk status FB pulak, semua ngah pergi open house la, beraya sana sini laaaaaaa... kami terima je laaaaaaaaaa.... study la sampai muntah.... eyebag pon terserlah kat bwh mata ni, sy makeup tebal2 pon, tetap nmpk.. ;( xley nak buat apa dah.. hahaha... comel mcm PANDA.. hahahaha

29th September 2010

Paper last... berakhir la penderitaan kami.... mlm tu, terus g mkn steambot kat i-City, best gila steambot kat situ... layan habes!! pastu, akem ajak aku teman dia tgk bola, kami nak g BRJ, alang2, ajak Ifwat sekali...:D.. ha, esoknya kami nak blk umah laaaaaaaa.. apa lg... tp bila bangun dr tidur, mata aku byk tahi mata... owh damn ***t!!! aku sakit mata ke pulak??? aku pon g la klinik sblm blk tu, doc bg aku ubat... ish.. seksa betol la bila sakit mata ni.. nk sujud time solat rasa cam nak terkeluar bijik mata.... T_T sakittttttttttttt... ni penderitaan lain pulak pas da abes exam.....

Hari ni,

Aku tetiba teringat kat kwn2 lama.. ntah la.. memori yg indah camtu mmg susah nak lupakan.. kwn2 sekolah, kwn2 kolej buatkan aku selalu senyum sorg2... aku nak balik kat zamn dulu2 pon xboleh.. terima la takdir Allah, teruskan perjalanan hidup.. berusaha utk jd yg terbaik dlm ape pon bidang yg kita ceburi.. InsyaAllah, ngan izinNya, semua usaha kita akan dibalas setimpal....Aminn... >_<

p/s:i love u

Thursday, July 22, 2010

Konvokesyen, rakan2, aku, kini


Beberapa hari saja lg akan menjelang hari yg sgt ditunggu2, iaitu konvo... hmm, nak dpt sijil diploma... saat2 belajar diploma yg seronok dulu da pon berlalu, sekarang tiba masa utk naik atas pentas dan terima sijil pula... debar2 pon ada rasanya...seronok pon ada, sedih pon ada, teruja lagi la ada... debar2 sbb nak amek sijil atas pentas depan mak abah, seronok sbb dpt jumpa kwn2 kat sana, sedih sbb ada diantara kawan2 yg xdpt naik pentas (hanya kerana xbyr fees).. teruja sbb ni la saat2 yg aku dan rakan2 yg lain tggu selama ni...

Bila teringat blk dulu2 time diploma, class, kwn, semuanya best... gelak sorg2 bila pikir blk... indah betol waktu tu... hmm skrg da berbeza, masing2 da ade kje sendiri, sambung belajar tempat lain, ada yg balik kg masing2... aku betol2 rindukan korg.. sesangat2... xde ape yg dpt gmbrkan perasaan aku ni... klw boley putarkan blk masa, aku terus pegi time dulu, dan klw boley hentikan masa, aku nak hentikan time dulu2... biar kita pada hari yg sama je...tp siapa lah aku yg dpt mengubah takdir...

kira ada kesilapan aku pada rakan2 semua, harap dimaafkan, benda2 camni, kita xtau, mana la tau, aku ni terkasar bhsa, terguris hati korg, termengata, harap maaf.. bukan niat aku nak buat semua itu, byk2 anggota badan manusia ni, lidah la yg paling susah nak kawal... aku nk mintak halal jugak, kepada sesiapa yg aku terhutang, termakan mknn korg, terpinjam buku xpulang, dan nk mintak halal gak kepada sesiapa yg pernah memberi ilmu kat aku... terima kasih banyak2.. aku tau korang ikhlas, tp mne la tau kat sudut hati ada yg terpendam aku xtau.. TERIMA KASIH SEMUA... dan sepanjang aku menjalani kehidupan sbg pelajar diploma, MUHAMMAD AL-HAKIM lah yg byk membantu, susah sama2 ngan aku... xterhingga terima kasih aku buat dia.. terima kasih.... terima kasih... terima kasih...

p/s:i love u

Monday, June 7, 2010

Shopping

Hari tu keluar ngan Fatin.. die ajak g BB, klw x pon, pavillion.. tp kami pergi kedua2 tmpt.. hahaha... berhimpit2 dlm KTM dan juga Monorail... hmm KTM skrg da ada Ladies Coach... iaitu, gerabak ditengah hanya dikhaskan utk wanita... best.. xcampur ngan lelaki pon.. masa berhimpit tu rasa xkesah sgt... tp bila dlm Monorail, terpaksa la merempuh org yg terlampau ramai,budak2 cuti sekolah kan.. lelaki dan perempuan xkesah janji dpt masuk dlm..  huiiiiiish... ngeri time naik monorail tu.. da la tinggi ramai org... time tu aku terfikir, 'Wanie, ko gunting je licence ko, da ada xnk bwk kereta pulakkkkkkkkkk'... hahaha...  niat sebenar shopping hanya mahu membeli shawl.. tp bila nmpk sale merata, aku da pon membeli 'beberapa' helai baju yg menyebabkan aku kehabisan duit.. huwaaaaaaaaaaaa... xde duitttttttttttttttttttttttt.... sale ni mmg godaan aku yg paling besar laaaa.. dan aku xpernah dpt lawan godaan sale ni... 'bertuah' punya sale.. haha.. lepas da shopping kat Pavi, kami bejalan pula ke BB Plaza.. waduhhhhhhhhhh ni lagi la fashion bazaar... tp nmpknye, aku dpt bertahan sedikit.. kerana aku hanya membeli 'sedikit' helai baju disini...  haha.. dan nak tau x? tiada sehelai shawl pon yg aku beli... hahahaha... T_T.... balik encik boyfren ku ambil.. terima kasih encik boyfren.. mcm tau2 je kaki aku tersangat2 la sakit... dan dgn ni aku ada buat list perkara yg best n annoying tntng shopping... hahaha.. check it out..

The best things bout shopping :
  • happy
  • up to date
  • bagaikan impian jadi kenyataan
  • release tension
  • self satisfaction
The 'annoying' things bout shopping :
  • out of money!!!!!
  • tired / exhausted
  • sakit badan
  • sakit kaki
  • lenguh tangan
  • regret, hahaha
Dan, oleh sebab2 yg demikian la, saya ingin menjual baju2 saya yg hanya dipakai 2 dan 3 kali dan ada sesetengahnya langsung xpenah pakai... ni utk mengembalikan semula money aku yg da xberapa nk sedap didengar jumlahnya.. haha.. tggu la ye, nnt sy upload gambar2 tu semua.. disini dan juga di fb.. sy da nekad sgt ni.. haha

p/s:i love u

Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih Kawan... ; )

Since aku berblogging ni, xpernah satu pon post aku berbunyi amarah... tp kali ni aku xboley tahan sgt... aku betol2 kecewa... sgt kecewa...terima kasih kwn, buat aku mcm ni... ko bosan ngan aku? terima kasih... ko nak ckp aku semak kat kwn2 ko? ckp la, mereka kwn2 ko, bukan kwn2 aku.. terima kasih... aku xde niat nk stalk, benda depan mata (home), benda yg sama jugak aku bwat kat org lain (like)... lg pon, aku rasa mereka juga kwn2 aku... tiba2 tergerak hati aku utk buka page ko... terbaca satu ayt rakan ko..ni yg bwatkan aku nk stalk, aku bukan bodoh.. kwn2 ko yg aku x add pon, aku boley tgk wall to wall korg.. ke ko mmg nk aku tau yg ko benci aku? kwn mcmana ko ni?? aku dpt rase yg ko benci aku..sedangkan aku xpernah begitu... terima kasih kerana membenci aku sedangkan aku xtahu puncanya...  terima kasih kerana membalas segala pertolongan aku dengan begini... aku selalu tolong ko dgn seikhlas hati.. seikhlas hati... wlwpon ada yg ko terlupa ucapkan terima kasih... aku xpernah mntk blsan..aku simpan je dlm hati tp klw beginilah cara ko menghargai aku, terima kasih sekali lg...pikir lah, apa yg aku bwat utk ko, xlayakkah utk dihargai??? ko kata aku kat blkg, tp aku simpan masalah ko dgn baik... aku dgr semua maslah ko...tapi? ini ko bls???  apa la yg ko benci sgt kat aku sampai ko kata aku kat org lain? ntah ape lg la yg ko kata aku... Masyaallah, Allah je yg tahu persaan aku.. sedih sgt... sedh sgt2.... aku xpernah bwat org mcmni tp kenapa org bls aku mcmni?? bila susah, ko cari aku, bila senang, ni ko bls.. pandai ckp org je... betollah ckp org, kuman rumah sebelah nmpk, tp bangkai gajah dlm umah sendiri bwat xtau... terima kasih sekali lg, dan utk selamanya... ha, ko kan selalu ckp "pegi mampos la"....ya, u too..klw ko rase aku semak, n memandangkan ko pon da bosan ngan aku, aku boley pergi dr hidup ko...wif pleasure....

p/s:i love u

Saturday, December 5, 2009

Sahabat, Aku Tahu

aku kenal siapa kamu... kamu rakanku dan kamu juga sahabatku... aku kenal keluargamu seperti keluargaku juga.. antara kita mmg byk rahsia.. rahsia yg peribadi mungkin... namun, byk mane pon rahsia mu, akan ku tahu juga, kerna, aku adalah sahabat yg mengenalimu... gerak hatiku sering tepat apabila ia berkenaan dgn kamu... kamu ada masalah ataupun tidak, aku akan tahu kerna aku rakan yg mengenalimu.. walaupun raut wajahmu sentiasa mempamirkan kegembiraan aku tahu bagaimana sebenarnya wajah hatimu.. walaupun pada luaran aku kelihatan tidak ambil peduli mengenaimu, namun sebenarnya aku terlalu mengambil berat mengenai keadaanmu... setiap perkara yg aku lakukan, aku mesti mengambil kira tentang mu.. jika aku buat begini, bagaimana pula rakanku ini? jika aku ingin buat begitu, apa pula rakan ku akan pikir nanti? Menjaga hatimu bukanlah sesuatu yg mudah... Biar hatiku ini sendiri tercalar demi kamu... aku tahu kamu juga begitu.. menjaga hati masing2 bukan kerja mudah bukan? hahahaha...kita sentiasa ketawa bersama... tapi tiada siapa yg tahu apa sebenarnye perasaan kita... kerna kita bukanlah seseorg yg suka menunjukkan perasaan yg sebenar... tapi aku tahu perasaanmu.. cubalah kau sorok dariku... ia tetap terserlah... terserlah pada pandanganku.. kerna aku mengenalimu sebagai seorang sahabat... Ya, sahabat...

p/s:i love u

Saturday, November 14, 2009

Old Time

nak putar masa?? i dont think so..i juz want a day when i was 17...wif my friends, 5PP at Teknik Kuala Kangsar...always happy, and the only problem was SPM...(ngan probs bf waktu tu) hehehe...masa tu, masalah kwn adalah masalah bersama..we solve the prob together...wif our best effort...if, one of us feel sad, the rest will cry..if, one of us feel glad, the rest will laugh.. mmg ada masa kami bergaduh..tp xlama pon...we were like sisters...mandi pon sama2..nak g makan kt dewan mkn pon sama2...klw sorg lambat, semua tunggu..(except when i get up late in the morning, Enon, Illy and Dalila only those willing to accompany) huhu..


dari kiri: Dila, aku, enon, siah, naemah, izzati,ina
yg kt bwh tu Illy

mendung xsemestinya hujan, panas xsemestinya hingga ke petang..jadi, ada masa kami x sebulu..lain pendapat dan kadang2 xboley trima prangai rakan yg x sejiwa..tp kami akhirnya serasi.. xkenal kan x cinta..bila kami da kenal, kami pon ok la...1st time masuk hostel (time form 4) kami bukan satu dorm..so, bila naik form 5 kami ditukarkan dorm, rasa mmg sgt x best..terpaksa satu dorm dgn dak class sendiri(kecuali seorang yg laki tu)..mula2 kami sekelas mmg x rapat..aku ngan kwn aku je..ko ngan kwn ko je..ha, tp bila da duduk satu dorm, hubungan kami sekelas sgt la rapat..mcm adik beradik...ada hikmah la semua ni..ktorg pon lebih senang nak bwat kerja umah..nak kongsi rahsia pon da xsegan..tido lmbt sama2, sbb nak siap kan kerja khusus sejarah..(tp aku la tido paling last, korg jahat)..huhu...



xpdc ke Gua Kandu, Perak

kadang2 mmg menyampah, sbb ade yg gedik, ade yg manje terlebih, ade yg garang, ade yg malas, ade yg terlalu baik hati..tp bila ade benda yg xsenang kat hati, kami selalu bincang same2...sbb xnak ade yg terasa..mcm 2 la kami hidup kat hostel..kami jauh dari keluarga, sbb tu la kami pandai berdikari, nak luah kan perasaan kat sape lg klw bukan kwn..nak pinjam dwet sape lg klw bukan kwn..nak mengadu kat sape lg klw bukan kwn..nak syg sape lg klw bukan kwn..nak merajuk ngan sape lg klw bukan kwn..nak gelak ngan sape lg klw bukan kwn..nak nangis ngan sape lg la klw bukan kwn..kan kwn2?? aku syg korg sampai bila2..klw ditakdirkan kita jumpa lg, kita akan tetap berjumpa..




buat kawanku, Enon, Illy, Dila, Izzati, Naemah, Ina, Ain, Aina, Abe, Farah, Nisah, Liya, Lyn, Mahsuri, Maz, Nik, Anum, Syira, Beela, Maz, Mahirah dan Sham... always remember our friendship..b'coz, i always do..
 *sorry klw ade nama yg xde..



Dari kiri, Belakang: Farah, Nisah, Naemah, Lyn, maz, Beela, Enon
Tengah: Dila, Mahirah, Ina, Zaty, Liya, Anum, Nik, Mahsuri
Depan: aku, Sham, Siah
yg kt meja blkg tu Ain..
p/s:i love u

Friday, August 28, 2009

What I'm Going to Say is....

Aku tb2 je rase cm nk putar kan masa balik..Ye la, kdg2 kita kena hilang sesuatu utk kita hargainya... bila da hilang baru nk mintak balik kan? or bila da jd baru nk nyesal.. LUMRAH la tu.. sume org sme je.. kita xley nak ckp, yg da b'lalu biarkan b'lalu..its not dat easy.. mst kte xkan terus lupa cam2 je..teringat xpe,tp jgn t'lalu pikir sgt.. cm lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.."barang yg lepas, hai jgn dikenang, kalau dikenang, meracunlah diri"

Ok, wat i'm going  to say is, aku rindu nk blaja dlm class, study mlm2, tido lmbt sbb bwat assignment last minute, mkn megi goreng Mona plus telo ngn housemate, bangun mlm2 trun g kedai mkn semata2 nk beli sirap bandung, mkn hotdog chees special kongsi ngn Dyla n Fatin, bila Diba ketok pintu rumah je sume pura2 tido,g JJ ulang-alik pinjam moto Asma, aku rindu nak masak utk korg..huh, i miss all dat things..who 'll give me dis anymore? no one.. Maybe someday, aku akn tggl lg kt umah sewa for study or work but wif other housemate..its 'll different rite?



Korg pandai2 la jge diri eh?? aku sentiasa doakan yg t'baik utk korg...nnt klw nk sambung blaja, study la leklok coz i can't help u anymore..korg boley sebenarnye...jgn t'lampau humble..show the world dat u can do it coz i kno u can, follow your mind not your heart..its nothing wrong wif childish, but juz grow up freinds..be mature..don't let anybody stepped upon u, jgn biar org m'permainkan kita hanya krn kita xtau pe yg mereka tau..tambah sedikit ilmu dlm dada, tambah sedikit keinsafan dlm jiwa.. InsyaAllah, kita akan ada segalanya... Dont listen to who want u fail, listen to who want u to be success...kdg2, kita xboley nak p'cye org lain..baik ngan kita kdg2 utk m'jatuhkan kita... ingat eh pe yg aku ckp ni...kita gembirakan org, supaya kita gembira sentiasa...
 
Banyak lak aku bebel ni..korg bkn rajin nk bce pon kan? hmm, pape pon..aku rindu nak study cam dulu...haih...lagi satu, solat jgn lupe!!! Pemalas la korg ni...skunk da xboley malas2...world is near the end...INSAF la eh..huhuhu..korg faham kan mksd aku?? hahahaa..(gelak ahli sihir)



p/s:i love u