Semalam aku dikejutkan dgn 2 berita kematian
kenalan sebaya umur.
Bukan aku tak percaya pada maut dan ajal.
Tapi aku..
Tak sangka.
Cepat.
Innalillahi wa innalillahi rajiun.
Lepas dapat berita,
Jantung aku laju.
Nafas aku sesak.
Mata menahan air.
Allahuakbar!
Aku sedih mereka pergi,
Tapi pergi itu pasti.
Aku lebih sedih kerana aku,
yg masih hidup,
masih bernafas,
Masih diberi peluang oleh Allah,
Namun masih alpa.
Allahu,
Cukupkah amalku utk menjamin Syurga buatku?
Sempurnakah ibadahku utk menutup dosa2 ku?
Sempurnakah taubatku utk menebus segala dosaku?
Semua akan pergi.
Bagaimana kita mati itu yg membezakan kita.
Selama ini yg kita kerap kata,
Rezeki dan jodoh itu rahsia Allah.
Tapi kita lupa,
Ajal dan maut itu juga rahsia Allah
Malah, yg paling hampir dgn kita.
Wallahualam.
Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg soleh.
Dan semoga kita yg masih hidup dapat meningkatkan amal dan mati dalam iman.
In shaa Allah, aamiin.
p/s:i love u
No comments:
Post a Comment