Friday, January 9, 2015

Mitsubishi Electric - Peti Ais

Assalamualaikum guys!

Ok, nak kongsi produk keempat Mitsubishi Elektrik ni.
Peti ais dorang yang memang luas, cekap tenaga dan boleh kekalkan kesegaran sayuran dan buahan. Ni yang best ni.

Peti Ais

Peti ais ni pun ada '5 star cap rating' , sama macam aircond yang Wanie cerita kat entry lepas. 
Cekap tenaga - peti ais ni dia ada Eco Mode, akan kurangkan penggunaan tenaga secara automatik ketika bukan waktu puncak. (non-peak hours)
Kapasiti yang besar - kelebaran sehingga 950mm. wuuuu. 
Kawalan kelembapan suhu yang memang sesuai untuk sayur-sayur juga buah-buahan untuk kekal segar bagi jangka masa yang agak lama.


Kilang vitamin, ha, bunyi pelik, tapi itulah dia. Peti ais ni ada lampu LED 3 warna yang membantu meningkatkan vitamin sebanyak 1.5 kali yang bertindak sebagai 'matahari buatan' untuk mengekalkan kesegaran, nutrien dan meningkatkan vitamin dalam sayuran. 

Peti ais ni kalau hadiahkan dekat isteri, mesti isteri sayang lebih.
haha. best kot. Besar tu yang penting. 


Haaa, tengok tu, luas ke tak? macam2 boleh sumbat.

p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Kipas

Wuhuuuuuuuuu semua!

Nak kongsi cerita pasal produk ketiga Mitsubishi Electric ni pulak.
Kipas dia yg selamat & mengurangkan kejadian yg tak diingini

Kipas

Kipas ni ada 3 tahun motor warranty.
Dengan 'Premium Safety Standard' - menambah baik keselamatan produk dengan tidak menggunakan material daripada self-flammable & motor tersembunyi, yang menghalang benda-benda yang tak diingini masuk dalam motor dan mengurangkan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan.
Juga, ada 'double fuse protection', fius akan memberhentikan kipas daripada beroperasi apabila arus sudah melebihi, manakala, thermal fuse akan menyekat elektrik apabila motor sudah terlalu panas. 

Untuk anak-anak yang selalu main depan kipas tu, kipas ni agak selamat buat dorang. 


p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Jet Towel

Hi all!

Product Mitsubishi Electric yg kedua yang Wanie nak kongsi kali ni pulak pasal dorang punya hand dryer. Yang ni pun super duper best.

Bersih, selesa & luas.

Jet Towel (Hand Dryer)

Benda ni best. amek masa 10 saat je nk keringkan tangan. hehe
Lepas tu, hygienic, aksi pengeringan yang selesa,
Zon pengeringan tangan yang luas, boleh pusing-pusing tangan dalam tu. 


Lagi satu Jet Towel ni ada hygienic touch-free operation yang membolehkan kita keringkan tangan sehingga pergelangan tangan walaupun kita tak sentuh hand dryer tu. 

So, best kannnnn.


Nampak eksklusif pulak tu design dia. 


p/s:i love u

Mitsubishi Electric - Air-conditioner

Assalamualaikum.

Produk Mitsubishi Electric pertama yang wanie nk cerita ialah Air-conditioner dorang ni.
Memang best produk ni.

Senang cuci, jimat elektrik, & cekap tenaga.

Air-conditioner

Aircond dorang ni senang nak cuci, ada 3 step je. Tak perlu nak panggil aircond maintenance company dah, cuci sendiri je. 
Jadi nya, bila senang nak cuci, kita akan selalu cuci la kan. Dengan kerap mencuci aircond, kita boleh kurangkan penggunaan elektrik.
Aircond ni pulak ada '5 star cap rating' yang bermaksud, energy efficiency, ha, lagi banyak bintang, lagi kurang tenaga yang digunakan.
Lagi, Aircond ni mempunyai nano platinum filter, yang memberikan prestasi pengumpulan debu yang lebih baik daripada penapis yang biasa. 


Kita jugak boleh kawal arah pengaliran udara untuk pastikan aliran udara terkena pada setiap sudut dalm bilik kita sebabnya aircond ni ada 5 step vane control & swing.

Uuuuu best kannn.





p/s:i love u

Blogger Event - Mitsubishi Electric

Assalamualaikum semua!

Wanie nak kongsi cerita Sabtu lepas, 3 Januari 2015.

Mitsubishi ada buat satu event untuk blogger dengan tujuan untuk memperkenalkan empat (4) produk baru dorang iaitu Aircond, Jet Towel, Kipas dan juga Peti Ais. Dorang jugak akan release Mobile Apps dalam pertengahan Januari nanti untuk Android dan penghujung Januari untuk IOS.

Event ni dekat Mitsubishi Office, Petaling Jaya, pukul 2 sampai 5 petang. 



Wanie akan kongsi pasal produk Mitsubishi Electric ni kat entry lain, boleh tgk nnt. 


 p/s:i love u

Wednesday, October 29, 2014

Wedding Preparation - Throwback

Assalamualaikum.
Hi all!

Baru ada masa nk update blog. hehe. 
Nak cerita kisah beberapa bulan sblm wedding.

Sebab Wanie nk semuanya bermakna, Wanie plan wedding wanie dari mula sampai habis. Dari baju, door gift, centerpiece, photobooth, hand bouquet, venue anddd semuaaa

4 Months Before Wedding: 


Paper bag untuk door gift, awal2 da prepare. sebab nk buat 2000pcs. Makcik, pakcik, adik2 sedara semua gotong royong buat. hehe. Terima kasih semua. 


Wedding card pun Wanie tambah ribbon. hehe. 


3 Months Before Wedding:


Baju nikah pun buat sendiri, mak Wanie jahit baju, Wanie yg jahit manik dan veil. Alhamdulillah.


Veil utk resepsi. yg still dlm proses. 


Baju resepsi. Jahit sendiri jugak. Design sendiri jugak. :)


2 Months Before Wedding:



Lapik dulang pun DIY. hehe. Nanti kalau ada masa, Wanie buat step by step 


Tin susu recycle. Da kumpul berbulan2 sblm ni lg. Atok sanggup cari kat kedai runcit. T_T. terharu sgt2.  haha. DIY untuk centerpiece. :) 


Yang ni abah buat. DIY jugak. untuk Photobooth. My dad mmg creative. hehe. Terima kasih abah. Love You. 

1 Months Before Wedding:

Time ni da sibuk siapkan apa yg belum siap, siapkan paper bag, baju2 semua, pergi cari paper lantern untuk hiasan. Da start survey2 fresh flowers untuk hantaran dan hiasan utk centerpiece nnt. Itu pun DIY jugak.

1 Weeks Before Wedding:



Makcik2 dtg rumah untuk siapkan balutan botol kaca ni untuk door gift.
Rasa-rasanya korang dah dpt agak wedding theme Wanie kan. hehe.
It's Rustic!

5 Days Before Wedding:


 Canopy and Marquee Tents abah yg sponsor. So, abah da busy da time ni. hehe.
Owh, sape2 yg nk tnya harga boleh contact abah Wanie. 




2 Days Before Wedding:


Busy dah pasang2 paper lanterns. hehe. 
Adik2 sedara yg rajin juga makcik pakcik ku. 
Thank you all. 



Few Hours Before Wedding:


Fresh Flowers Wanie beli dekat Chow Kit, dekat dgn LRT Pasar Seni.
Hari Khamis da beli siap2, pergi pagi2.


Pagi Jumaat, 19/9/2014 lepas subuh, da siap2 nk buat hantaran. 
Alhamdulillah, siap.



Lepas zuhur, terus pergi ke Wedding Venue, nk siapkan centerpiece, photo booth dan main table. 



Alhamdulillah, semua settle. 

  DIY Hand Bouquet utk nikah. :)


DIY Hand Bouquet utk resepsi dan DIY head wreath, :)


p/s:i love u

Tuesday, May 20, 2014

DIY Hantaran.

Hantaran wanie beli bunga kat Sun Energy, Sri Damansara.

Serious rambang mata kalau minat bunga.
Dulang pulak, pinjam dari makcik je. Membazir kalau nk beli baru.
9 dulang berbalas 11 dulang.

Bersepah rumah. haha

Ni rainbow cookies, pun buat sendiri. nnt wanie bg resepi ye. hehe

Ni kain pasang utk baju nikah Hakim.

Kain pelikat.


Tuala. (hadiah daripada Aunt Azie)


Sirih junjung, pun wanie gubah sendiri je, mintak atok bwk sirih dari rumah, beli buah pinang dan bunga segar dari kedai dekat kuil India. Murah dan jimat.

Agar2 buah. (Pemberian dari Cik Ju)

Pretzel cookies and mini blueberry tart. (Pemberian dari Ucu)

Cakes. Yg ni wanie mintak maksu wanie bake cake, then wanie n adik wanie tenyeh2 fondant tu, bungkus2 sampai jadi cemtu. hehe. Gigih!

Bunga rampai.


Chocolate 

Pulut kuning dgn sambal ikan bilis petai. Yg ni mak wanie masak. hehe.

So, kos gubah dan barang hantaran tak sampai pun RM1000.

Yg belah lelaki, mak Hakim hantar gubah kat org.






p/s:i love u

Engagement Day- 26 April 2014

Officially engaged!

Yes, we are!



Ok, most of the preparations, wanie buat sendiri je. Dari hantaran, shawl, baju, mini pelamin, dan mcm2 lg la. Sbb senang dan murah klw buat sendiri, dan lg satu, boleh buat grand2 tanpa byr upah kat org.
Dah jimat kos kat situ.

Alhamdulillah semua selesai. 

Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

So, tarikh nikah dan majlis dah pun ditetapkan.
Original plan nak buat sekali je majlis, tp atas nasihat dan perbincangan 2 belah pihak, buat juga belah lelaki dan perempuan.

Nikah - 19/9/14 (lepas isya')
Resepsi - 20/9/14
Bertandang - 21/9/14



p/s:i love u

Monday, April 21, 2014

Merisik

Bila apa yg diimpi semakin hampir.
Bila semua nmpk makin jelas,
Bila cinta semakin kuat.

Bukti.
Terima kasih Al-Hakim.
Awak buktikan.
Keluarga telahpun merestui.

Setelah hampir 7 tahun.
Suka duka pahit pedih.
Kita sama-sama.

Terima kasih utk ketulusan.
Keikhlasan.
Pengorbanan.

Terima kasih semua.
Alhamdulillah.




p/s:i love u ikhlas

Thursday, January 16, 2014

Ajal dan Maut. Jodoh dan Rezeki.

Semalam aku dikejutkan dgn 2 berita kematian
kenalan sebaya umur.
Bukan aku tak percaya pada maut dan ajal.
Tapi aku..
Tak sangka.
Cepat.
Innalillahi wa innalillahi rajiun.

Lepas dapat berita,
Jantung aku laju.
Nafas aku sesak.
Mata menahan air.

Allahuakbar!

Aku sedih mereka pergi,
 Tapi pergi itu pasti.
Aku lebih sedih kerana aku,
yg masih hidup,
masih bernafas,
Masih diberi peluang oleh Allah,
Namun masih alpa.

Allahu,
Cukupkah amalku utk menjamin Syurga buatku?
Sempurnakah ibadahku utk menutup dosa2 ku?
Sempurnakah taubatku utk menebus segala dosaku?

Semua akan pergi.
Bagaimana kita mati itu yg membezakan kita.
Selama ini yg kita kerap kata,
Rezeki dan jodoh itu rahsia Allah.
Tapi kita lupa,
Ajal dan maut itu juga rahsia Allah
Malah, yg paling hampir dgn kita. 

Wallahualam.

Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg soleh.
Dan semoga kita yg masih hidup dapat meningkatkan amal dan mati dalam iman.
In shaa Allah, aamiin. 

p/s:i love u

Wednesday, November 13, 2013

Allahu, Kenapa Aku Diuji?


Allahu, kenapa aku diuji?
Bila aku kenang,
Aku tahu salah siapa,
Salah aku yg hina,

Terkadang aku leka,
Terkadang aku alpa,
Sujudku terkadang hanya sujud tanpa makna,
Sujudku terkadang hanya sekadar melengkapkan tiang agama.

Allahu, berat aku pikul beban ni,
Tp aku tahu, Engkau beri apa yg aku mampu,
Aku tahu, Engkau yg Maha Tahu.

Maafkan aku ya Allah. 
Maafkan aku.


p/s:i love u

Monday, November 11, 2013

Kami

Aku bebel, kau dengar.
 Aku diam, kau bising. 
Kita jumpa, kita ok. 
Kita dekat, kita senang. 
Aku buruk, kau kata ya. 
Aku busuk, kau kata memang. 
haha.
 Kita, sama yg dulu. Tetap. 
Perangai buruk aku, kau layankan. 
Clumsy aku, kau diamkan dan gelak.
 Kita sama2 gelak. 
Kita. 
Siapa?
 Kami. 
Ya, kami. 

p/s:i love u

Wednesday, October 23, 2013

Instagram: Precious


Instagram p/s:i love u

Saturday, October 12, 2013

His Birthday and Our Dreams.

To,
Muhammad Al-Hakim Mustafa Kamal
Hey you!
Happy Birthday. (07/10/13)
May all your wishes come true.
May Allah bless you,
with great health,
love,
and wealth.
Happy family.
Happy life.
Great fortune.

May our dreams come true,
May Allah ease everything for us.

~In shaa Allah~

Believe in one thing,
Jodoh, rezeki, dan ajal,
semua Allah yg tentukan.
Cepat atau lambat,
bukan sbb kita hebat atau tak.
Kalau kita ada jodoh, 
In shaa Allah.

Kepada yg bertanya bila,
Mereka tak tahu apa yg kita lalu,
mereka x berdiri dalam kasut kita.
Kita tahu apa yg kita rasa,
So, let them be.

Selamat ulangtahun kelahiran awak.
Semoga mendapat tahun2 yg bahagia selepas ini. :)
Tak ada hadiah utk awak.
Maaf untuk itu.
dan
Terima kasih kerana memahami.

Last but not least,
Love you from the bottom of my heart.

Yours truly,
Syazwanie Salamon

p/s:i love u

Thursday, July 11, 2013

Feeling Special- 24th Birthday.


9 July 2013 (Before midnight)

Made a rainbow cake for myself. 
Hahaha. 
Worth it!
Siap boleh bagi aunt Azie and family Hakim.








10 July 2013

Happy Birthday to me and with great honour that it was on 1st Ramadhan.
Alhamdulillah, I'm still alive.
Thanks Mak, Abah, Family and Friends for the wishes.
Thanks Muhammad Al-Hakim bin Mustafa Kamal for making me feel like a Queen on my Birthday. 
The feeling is wonderful.
Thanks for the fresh flowers and chocolate. 
You really surprised me! 







 
Roses and Ferrero Rocher.

11 July 2013
This morning, when I woke up, my room smells like roses. 
hehe. 
Still feeling wonderful.


p/s:i love u