Tuesday, April 16, 2013

Streeessssssss

Stresssssssssss
Bila pikir masa depan yg belum tentu.

Planning?
Memang da ada. 
Tunggu masa dan duit je.
Lagi sikit je nak sampai da cita2 aku tu.
In shaa Allah. 

Aku ada family yg menyokong 
dan teman lelaki yg memahami.
Alhamdulillah.

Aku ni ibarat sesat dlm gua,
letih, badan sakit2 dan lapar.
Dah nampak cahaya sikit dari atas.
Da dengar suara hakim bg kata2 semangat dan suruh sabar dari luar gua,
Da nampak family aku usaha campak tali.
Cari jalan mcm mana nak bg aku keluar.
Tinggal aku je nk sambut tali tu.
Yang pada aku, bukannya mudah.
Tapi aku tahu, kalau aku x sambut tali tu,
kalau aku ignore kata2 semangat tu,
Aku akan tetap duduk dlm gua tu sampai bila2.
Sekarang aku tgh usaha utk panjat.
Soon.
Soon.
Soon.
In shaa Allah

:)))

p/s:i love u

Thursday, April 11, 2013

Next Year


Harap2 tahun depan. 
Klw rezeki murah.

May Allah grant us happiness,
Success,
Good fortune,
Good health,
Good husband/wife,
and Jannah.

 Amin


(^-^) (._.) ('- ' ) ( ' -') 

p/s:i love u

Friday, March 29, 2013

Beginilah Aku.

Aku sama macam manusia lain.
Ada otak dan akal.
Aku sama mcm anak perempun yg lain.
Perlu baju perlu tudung.
Aku sama mcm rakan2 yg lain.
Punya hati dan perasaan.
Aku sama mcm kekasih yg lain.
Ingin perhatian ingin kepercayaan.

Aku tak pernah kisah
Engkau India, Cina, Melayu, Indonesia, atau lain2.
Aku x pernah peduli
Engkau tak ada motor, tak ada kereta, tak ada duit.
Aku tak pernah ambil tahu
Engkau tak kahwin, tak ada anak atau tak ada kekasih.
Aku tak pernah meminta
Duit, belas kasihan dan simpati.

Anda,
Siapa yg nak menentukan?
Anda,
Siapa yg mahu menghakimi?
Anda,
Bukan siapa2 yg berhak berkata itu ini.


Aku,
Berkawan dengan semua org.
Aku,
Tak pernah memilih teman.
Aku,
Buat apa yg aku rasa nak buat.
Aku,
Bekerja, belajar dengan kudrat yg aku ada, dengan izin dari Allah. 
Aku,
Manusia biasa yg masih memerlukan pertolongan dari Tuhan yg Esa.

Anda pun sama.
Jadi ingat,
Rezeki Allah bagi,
Kudrat Allah bagi.
Siapa kita untuk sombong?

p/s:i love u

Saturday, March 23, 2013

Pepatah Rekaan Sendiri


Salam, pepatah ni tak ditujukan utk sesiapa. 
Tak tipu. 
Sekadar ingatan utk diri sendiri sebenarnya.
Maaf kalau ada kena mengena ye. 

"Kawan yg khianat seperti tahi kucing di atas rumput.
Ada baunya tp susah nak nampak.
Bila dah terpijak, kita gesek kaki kat rumput lain pulak.
Bau dia tetap ada klw x dibasuh dgn air dan sabun.
Jadi, hati2 jln atas rumput.
Kalau boleh, elak terpijak tahi kucing.
Kalau dah terpijak, cepat2 basuh."

>___<




p/s:i love u